-->

Pengajaran pada hari pertama berpuasa.



       Pada pagi 1 Ramadhan yang hening ini , semua hamba Allah menjalankan ibadah puasa seperti biasa. Kebanyakan sekolah diberi kelonggaran tamat waktu persekolahan pada jam 12.30 tengah hari tetapi 1 KRK tamat waktu persekolahan pada jam 1.30 petang manakala 1 KAA tamat waktu persekolahan pada jam 2 petang :/
        Murid-murid dan guru-guru juga digalakkan solat sunat Dhuha dan solat sunat hajat berjemaah pada waktu rehat dan bertadarrus al-Quran pada waktu pelajaran Pendidikan Islam. Alhamdulillah, kerja rumah yang ditinggalkan sedikit dan pembelajaran berjalan seperti sedia kala, cuma agak mengantuk sebab tak banyak minum air.  Sejak tadarrus, Hazirah asyik tersedu, terpaksa biarkan sebab tak tahu cara lain yang boleh menghilangkan sedu.-,- lol. Lepas ni kena search Google 'cara-cara menghilangkan sedu selain meminum air' xD
        Tengah hari, hari ini, Hazirah ada menjalankan Ujian PBS. Cikgu beri amaran berkali-kali, jangan tanya benda yang cikgu dah jawab, letih nak jawab soalan yang sama katakan... Alhamdulillah, semua murid dapat menjawab soalan PBS dengan mudah. Kemudian, cikgu pun bersedia untuk meninggalkan kelas apabila semua murid telah hantar evidens PBS tersebut.  
       Tiba-tiba, GEDEBUK !
       "Cikgu !!" jerit beberapa orang murid. Semua mata tertumpu ke meja guru namun tiada siapa yang duduk di situ, rupa-rupanya cikgu terjatuh kerana pitam. Astaghfirullahal azim ... 
       "Cikgu stress sangat sebab ramai murid tanya soalan yang sama ke?"
       "Cikgu tak sahur ke?"
       "Cikgu letih sangat rasanya,.."
       Situasi menjadi panik, beberapa orang murid membantu cikgu duduk di atas kerusi dan ketua kelas pula terus memaklumkan guru yang berada di kelas sebelah iaitu kelas 2 KRK dan guru tersebut mengarahkan supaya laporkan kes ini kepada guru besar.
       Ahli PBSM [1 KAA] mengambil alatan membawa orang sakit, alah, benda yang selalu tengok kat perlawanan, kalau ada orang tercedera, mesti ada benda tu untuk mengangkat orang yang tercedera tersebut. Sementara itu, ahli PBSM [2 KRK] membantu cikgu yang pitam tersebut mendapatkan oksigen yang mencukupi dengan membuka barang-barang yang boleh menghalang peredaran darah seperti jam tangan, kasut dan lain-lain.
       Akhirnya, tiba guru besar, penolong kanan, kawan baik cikgu tersebut, dan guru-guru yang lain datang menenangkan murid-murid 1 KAA dan 2 KRK agar tidak berkerumun di keliling cikgu supaya cikgu tersebut dapat berehat. Terdapat beberapa orang murid menangis simpati terhadap cikgu tersebut. Pelik kan ? orang yang tak pitam pulak yang melebih-lebih...Setelah itu, cikgu tersebut dikejarkan ke hospital.
       Cikgu tersebut disahkan tiada penyakit lain selain kepenatan dan kurangnya gula dalam darah, mungkin cikgu tak sahur walaupun dengan sebiji kurma.. kurma membekalkan glukosa (gula) dan baik untuk kesihatan hehe. dah jadi entri kelebihan makan kurma pulak :3 
       Moral of the story, sentiasa doakan kesihatan ibu bapa dan guru-guru kita setiap masa, tak perlu tunggu ditimpa musibah/penyakit, doa dari sekarang lagi bagus. Selain itu, untuk mengelakkan daripada kepenatan apabila berpuasa, kita perlulah berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban agar bersedia menghadapi Ramadhan.
       Apa yang Hazirah buat time tu ? Hazirah tengah siapkan kerja rumah sebab PBS dah siap, hargai masa kononnya, tiba-tiba, terdengar bunyi benda jatuh, ditambah pula dengan jeritan. Memang terkejut lah time tu, seram + cemas + simpati = tolong tengok je -,-'' Hazirah tahu rawat orang yang cedera, pengsan belum belajar lagi, al-maklumlah, bukan ahli PBSM. (teruk punya alasan)...lol,
p/s: bila baca balik karangan ni, rasa macam Hazirah ni, kecoh jugak orangnya :P

   

No comments :