-->

Majlis Berbuka Puasa di Dewan Perdana Felda



Salam Ramadhan kareem. Baru berapa hari puasa dah ada majlis berbuka besar- besaran. Terima kasih kepada syarikat Kulit Kraf kerana sudi menjemput syarikat STRIDE untuk memeriahkan lagi majlis ni. 
       Actually, my dad was invited as one of the staff from STRIDE and we were allowed to bring families.. so mestilah Hazirah pergi lagi-lagi kakak pernah bekerja di syarikat Felda D Saji. Katanya Dewan Perdana Felda ialah dewan yang paling mahal nak buat event. 
        Bertolak dari rumah kira-kira jam 6.30 petang dan sampai di Dewan Perdana Felda pada jam 7.00 petang. Sesampainya di sana, terus mencari meja, pihak STRIDE hanya dibenarkan duduk di bahagian tepi manakala pihak Kulit Kraf duduk di bahagian tengah dewan.
       Kelebihan duduk di tepi ialah dekat dengan makanan tetapi duduk di bahagian tengah dapat melihat pentas dengan jelas, disebabkan persembahan dia cuma nyanyi semata-mata so dengar pun dah memadai...
       Setiap meja ada nombor, Hazirah dan keluarga duduk di meja 94, meja 74 ada di bahagian tengah T^T tapi tak apa sebab meja 94 berada dekat dengan gerai creampuff, makanan kegemaran tu :D 
       Lepas berbuka, ada lah tangkap gambar sikit, then pergi solat Maghrib , lepas tu ibu bapa borak-borak dengan kawan-kawan mereka. Balik pada jam 9 malam... dua jam je tapi rasa macam 5 jam sebab lepas maghrib tu agak bosan sikit, tak ada kawanlah katakan huhu... 

- mine , buah : kurma, tembikai biasa, tembikai kuning,  tembikai susu dan jambu air.  Nasi biasa dan lauk kari ikan, gulai ayam dan rendang daging (sebenarnya tak elok campur makanan laut dengan darat tapi dah terambil nak buat macam mana), air : teh tarik (1 gelas je, lagi satu gelas adik yang punya)...
-gerai creampuff dari pandangan tempat duduk tepi-
-siling pun nak tangkap lol, lepas pukul 8, lampu ditukar kepada warna biru-
-dah malam baru nak tangkap gambar lol-
-rama-rama dan air pancut di luar dewan-


       Takdir menentukan, Hazirah jumpa kawan kat Jusco, (lepas pulang dari majlis tadi), kitorang banyak gelak je sebab tak tahu nak cakap pasal apa lol. Sampai di rumah pada jam 10.30 malam. Sebenarnya, rasa sedih sikit sebab sepupu ada buka puasa di rumah nenek, rumah saya dekat dengan rumah nenek, tapi tak dapat jumpa sebab esok nak sahur so diorang balik awal :/

P/s : Tahun ni, baru Hazirah tahu tentang hadis pasal kelebihan solat sunat terawih setiap malam tu ialah hadis palsu, nasib baik tak share lagi hadis tu..

   

No comments :