-->

Ramadhan. Syawal.


      Hai ! Lama tak jumpa :] Biasalah, sibuk dengan PBS. Entri kali ini, Hazirah nak kongsikan sedikit pengalaman semasa di bulan Ramadhan dan di pagi Syawal (hari ni). 


Ramadhan.
Ramadhan kali ini, alhamdulillah, menyeronokkan. Di rumah, Hazirah dapat bersahur dan berbuka bersama keluarga. Pernah sekali tu, berbuka di Dewan Perdana Felda. Baca entri sini. Di sekolah, Hazirah bertadarrus dan bertarannum bersama kawan-kawan :D Belajar tarannum dan qiraat tu yang best, macam-macam gelagat terutama belajar qiraat, ramai yang tersasul, ada yang over-confident tapi sebenarnya salah xD lol. Waktu mula-mula puasa tu memang ada sedikit tragedi, baca entri sini. Tahun ni juga Hazirah dah belajar buat cream puff :D Tapi Hazirah buat guna resipi Chour Pastry. Entri ? Masih dalam proses :3 hehe.


Syawal.
Bukanlah hari yang patut dirayakan sangat sebab kita tak tahu ibadah puasa kita diterima oleh Allah atau pun tidak. Semalam, ada dengar ceramah, hari raya orang mukmin ada 5. Antaranya ialah hari di mana dia tidak melakukan sebarang dosa. Maka bergembiralah dia. Hari dia melihat penciptanya dengan rahmat. Maka bergembiralah dia.
Di pagi Syawal ni, Hazirah dikejutkan dengan berita pemergian Atok Usu (datuk paling bongsu). Innalillahi wa inna ilahi ra ji un. Rasa sebak. Mula-mula rancang nak buat kek dan cream puff lepas solat sunat tapi tak jadi sebab pergi pengebumian Arwah Atok Usu. tsk tsk T^T atok dah pergi, Hazirah bila lagi ?
Di samping itu, Hazirah nak minta maaf kepada semua pembaca sekiranya ada post yang mengguris hati kalian. Hazirah minta maaf kalau ada "ter" yang menyakitkan hati semua. Tak sengaja ok :] Terima kasih sudi komen dan follow blog Hazirah. Terima kasih juga sebab dah klikkan iklan Hazirah. Terima kasih atas semua sumbangan secara langsung dan tak langsung dalam mendorong dan membantu Hazirah menjayakan blog yang tak seberapa ni :D

                      Lots of love ♥