-->

Lawatan ke Planetarium Negara


       Sebelum pergi planetarium negara, Hazirah melawat Taman Burung Kuala Lumpur dulu. Baca sini. Ouh sebelum tu, pergi makan tengah hari dulu di kedai yang Hazirah pun tak ingat nama dia huhuhu
Hazirah cuma ingat, kedai sebelah Hornbill Gift Shop. Menu makan tengah hari ialah nasi goreng ayam dan air mineral.
        Nak pergi pintu masuk planetarium ni, ada tangga, macam naik tangga batu caves pula, jauh kot, orang-orang yang kuat stamina steady di hadapan, ada yang baik dia tunggu kawan dia huhu. Bila dah sampai, semua terduduk haha. Letih lah katakan.
       Kat planetarium ni, kita tak dibenarkan bawa masuk makanan/minuman, waktu ni, dapat tahu siapa yang paling banyak bawa makanan ringan, ada satu peket gula-gula lah, ada satu tin kerepek kentang dan banyak lagi. Ish ish ish. 
       Masuk-masuk je, ada banyak eksperimen. Ada kuiz juga. Kalau eksperimen tu, ada yang Hazirah faham, ada yang Hazirah main semata-mata dengan benda tu haha. Ada gelongsor graviti, eksperimen mengganggu taufan, melihat gegelung di angkasa dan banyak lagi. Kalau bab kuiz pula, ada yang Hazirah tahu dan ada yang main tembak je haha.
       Selepas itu, kami pergi menonton teater angkasa tentang "Matahari, satelit dan lain-lain". Tempat duduknya tinggi antara satu sama lain. Kawan Hazirah menangis-nangis nak keluar, gayat lah katakan hahaha. Teater angkasa ni best. Tapi bila tengok tu, kena mendongak sebab skrin kat atas. Cantik grafik dia, rasa macam betul-betul kat angkasa. 

       Pelbagai karenah boleh jumpa kat sini. Ada yang tangkap gambar waktu tayangan bermula padahal dia dah bagi amaran jangan tangkap gambar sewaktu tayangan ditayangkan dan ada yang secara tiba-tiba menyanyikan lagu "Patah seribu", LOL tak ada kena mengena langsung dengan matahari atau satelit ._. haha. Dalam teater ni kan gelap, bila tangkap gambar, pakai flash, mata diorang macam mata alien hahah. Benda yang warna pelangi tu lah skrin. 
       Teater ni dalam 20 ke 30 minit sahaja, selepas tu, Hazirah dan kawan-kawan pergi naik ke menara. Lif dia kecil, limit 6 orang atau 420 kg. Tiba turn Hazirah dan kawan naik lif, lif tu tak bergerak. Seram~ rupa-rupanya lupa tekan button naik haha. Buat malu je >v< bila lif dah terbuka, semua cepat-cepat keluar, seram lah katakan haha.
       Pemandangan dari menara tu, ni bandar, tak best, nampak bangunan sahaja, tapi boleh lah daripada tak ada langsung huhu. Habis melawat Planetarium, kami pergi solat Zohor di Masjid Negara. Hazirah malas nak singgah Makam Pahlawan sebab kawan kata tak best haha. So, lepas solat pergi kedai beli cenderahati, and this is what I bought : keychain (bukan untuk giveaway ye, Hazirah beli untuk keluarga dan rakan-rakan yang tak ikut lawatan ni hehe)...

    Setakat itu sahaja lawatan sambil belajar kali ini, tak banyak yang Hazirah belajar sebab, Hazirah pergi taman burung, tak tengok pun nama dan jenis burung... pergi planetarium, tak belajar sangat, main je lebih haha :] jangan contohi amalan ini haha.

Sekian terima kasih ,
   

Lawatan ke Taman Burung Kuala Lumpur



       Taman Burung Kuala Lumpur merupakan taman burung terbesar di Malaysia. Mesti ramai yang dah pernah pergi taman burung ni kan ? Hazirah pun, tapi tak pernah merasa pergi dengan kawan huhu. 
       Tiba di sekolah pada jam 7.30 pagi. Waktu ni, sarapan belum siap lagi. Lepas tanda kedatangan, Hazirah dan kawan-kawan pergi ke tempat basuh tangan sebab nak tengok cermin. Eh, kawan-kawan yang tengok cermin, Hazirah duduk tengok karenah dia orang je, ada yang (secara tiba-tiba) menjadi model kanak-kanak hahahah...


Sarapan pagi, mihun goreng dan teh o'
Cantik bas lol, cikgu beri taklimat, 
bertolak jam 8.30 pagi. Sepanjang dalam bas, kawan bluetooth lagu daripada Hazirah.
Setiba sahaja di pintu masuk, 
Hazirah bergambar dengan cikgu praktikal geografi (:

Burung-burung di taman burung, layan ~
Klik gambar untuk tumbesaran lol...
I didn't expect that this cute swan just a dustbin xD haha
Kawan menyibuk, tapi, lama-lama tengok, cantik pula gambar ni hehe.
Disclaimer : Not my hand. haha
      Singgah di kedai Hornbill Gift Shop, semua mahal, tangkap gambar pun jadi lah xD haha. My birthday, 7th April, The Marvellous (Hebat), The Courageous (Berani), The Forthright (Berterus-terang), The Happy (Gembira, Alhamdulillah), The Adorable (Comel, er...not me).
      Selepas itu, kami melawat Planetarium Negara pula, yang itu, lain cerita, kesuntukan masa, Insya Allah, Hazirah sambung bila-bila Hazirah ada masa :D Stay tune ~

            To be continued,