-->

Review Pemenang Little Giveaway by Tiha

السلام عليكم
dan salam satu malaysia :)
Alhamdulillah , tamat sudah little giveaway by Tiha ni . Apa ? Korang tak tahu bila masa giveaway ni bermula ? teruklah korang ni , Hazirah sebagai seorang sponsor yang bertanggung jawab ( sila muntah ye :P ) telah menggam salah satu entri yang ada banner giveaway tu ,..

Haish ! Berbalik kepada tajuk asal , Hazirah boleh sponsor review sahaja . Barangan pos ? haha tak payah lah , giveaway sendiri pun belum pos lagi hadiahnya nak sponsor orang lain punya pulak ? memang hampeh!
Peserta bertuah yang pertama ini dilahirkan pada 25 December 1996 , Yo ! sweet sixteen lah , tahun depan SPM , buat yang terbaik ye , jangan biarkan blogging menjadi penghalang :D  Le' Delfino tu mungkin sebab tuan blog ni memang suka dengan Sang Dolfin :) hehe comel sangat lah kot ! apapa pun "Happy Go Lucky" ialah salah satu personaliti beliau , huhu semoga berjaya !
Peserta kedua ni pula namanya Atiqah yang bermakud yang mulia , sweetkan ? Beliau merupakan seorang photographer yang minat Super Junior ! haha ramainya k-pop dalam dunia blog ni :) But she don't care if we are not perfect , if we'r nice to her , then she'll be nice to us , simple as that [noktah!] haha tak tahu nak cakap apa dah ...
siti zawiah life
Yang ni pula namanya Siti Zawiah . Beliau merupakan anak jati Kedah . Sudah berpunya , dan kini masih mempunyai 171 follower , yang membaca ni silalah tingkatkan sehingga 200 boleh ? haha , tuan blog ni mungkin terlupa nak letak link pada bahagian navi tu sebab yang muncul ialah "URL PAGE KORANG" :3 macam mana nak fly around ?

that's all for today , lots of love ,
p/s : jangan lupa follow dia orang tau , k thanx ! just klik header mereka untuk ke blog mereka :)

Review reader yang setia #part 2

السلام عليكم
dan salam satu malaysia :)

selamat malam semua :) Maaf sebab Hazirah lambat review reader yang setia ni , nak tengok part 1 ? boleh baca kat sini , kalau part 1 ni kebanyakannya pasal blogger yang kaki segmen/giveaway/ . So , ada kelainan sikit dengan part 2 ni , kebanyakannya blogger yang jenis suka kongsi info/tips dan banyak lagi , memang wajib singgah ok ? nak tahu kenapa Hazirah review mereka ? singgah sini ! Kalau ada salah info inform ye ! 

Walaupun Cik Intan ni tidak meninggalkan link blog namun beliau sempat komen entri tu , jadi Hazirah dengan berbesar hati ingin review blog beliau . Blog Cik Intan ni memang berguna untuk masa akan datang sebab disamping blogging beliau juga ada buat perniagaan secara online antaranya jam tangan ,peplum beserta skirt , dan lain-lain ... dalam blog beliau juga ada berkongsi resepi , dan banyak lagi , jom terjah !
Blog ini berkongsi apa sahaja contohnya kebenaran I-City , arwah hadir ke majlis pengebumiannya , gambar yang diedit sepenuh masa demi memenangi contest dan banyak lagi benda yang dikongsi , beliau juga sedang mengadakan satu segmen bloglist kerana telah kehilangan list apabila berjaya bertukar ke domain dot my , so kalau korang nak join boleh lah ke sini apa-apa pun tahniah ! 

yang ni pula newbie kot , sebab entri dalam blog tu sikit sahaja dan yang terbaru adalah tentang perlawanan antara gajah putih dan harimau malaya . blog tersebut mempunyai 6 follower jadi kamu yang membaca ni tolong lah tingkatkan sampai 100 boleh ? hehe.... Hazirah ada sedikit pendapat tentang blog ni antaranya ialah kalau boleh yang lagu tu tak perlu letak sebab dah lah error buat semak je dan header tu nanti belajar cara-cara transparentkan gambar biar hilang warna putih-putih tu , sekian .

hurm , jangan berkecil hati atau apa-apa ye , kamu nak direview jugak ? join segmen ni ! kalau korang join dan menang Hazirah akan review cara yang lebih cantik seperti kenalkan siapa korang , berapa follower , dan tiada kritikan ye semuanya pujian , nak tak ? joinlah sekarang !!

       lots of love ,

Review reader yang setia #part 1

السلام عليكم
dan salam satu malaysia :)
kan semalam Hazirah ada review follower 472/473 tetapi disebabkan tiada link yang ditinggalkan maka Hazirah nak review orang yang sudi baca entri tu sampai habis , mereka yang sudi tinggalkan link kat entri tersebut :) love you lalala ~ boleh klik gambar untuk ke blog mereka , follow mereka ? amat dialu-alukan :)
Jangan kecil hati kalau Hazirah punya pendapat agak lain macam sikit bunyinya , ni Hazirah komen sejujurnya ok ?  :D

yang terpantas ialah cik NurHanim hehe tahniah ye !
bagi Hazirah blog ni kemas dan simple , TETAPI Hazirah syorkan supaya gadget followers tu letak kat sidebar sebab 1 page tu ada banyak entri kena bagi seimbang ye sayang dan kat tempat favourites tu takde link hazirah lah :'( sobs #merajuk . hohoh Hazirah gurau je , don't take it seriously . over all , memang ok sangat loading pun cepat :) keep it up !

k , reader yang kedua ni pulak namanya , Amira Zainal ,... beliau menggunakan template daripada blogskin , so memang ok CUMA Hazirah tak tahan singgah lama-lama sebab Hazirah ni tak suka blog berlagu , lagi-lagi takde button pause , memang berhantu >.< ! barangkali Miminho tu nama gabungan Amira dan lelaki kat header tu kot , bias kesayangan lol.

 tadi kpop , sekarang Big Time Rush , Hazirah tak kisah apa pun tema blog janji ada button pause . hohoh, nasib baik jumpa button pause kalau tak alamatnya awal-awal dah pangkah :/ Blog ni kepunyaan cik Nana . rasanya kreatif jugak beliau kerana header pun dah awesome blog pun simple tapi kalau boleh awak susun balik widget kat sidebar sebab rasanya bahagian button pause ni kene letak atas sekali :P hohoh 

sekian sahaja daripada Hazirah , tunggu part 2 pulak ye ? sabar separuh daripada iman :)
lot of love ,

Makna Di Sebalik Perubahan Warna Langit Ketika Waktu Solat Tiba

السلام عليكم
dan salam satu malaysia :)

  • 1. Waktu Solat Subuh
Ketika waktu selepas subuh apalagi menjelang siang, warna langit itu (kalau cerah) berwarna biru yang diselangi dengan merah (orange) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang mahu terbit.Dalam islam tidur setelah subuh itu tidak baik kerana akan kehilangan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah,Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi harinya (HR. Abu Dawud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)
Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru melemahkan kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah seseorang itu akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari.Pada Waktu Subuh Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Disini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.
Bermulanya saat azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep tindak balas tubuh pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
  • 2. Waktu Solat Zuhur
Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu ini ialah amalan yang terbaik untuk menjaga kesihatan supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Ini adalah mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk mengurangkan beban kerja organ pencernaan.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
  • 3. Waktu Solat Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna orange, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.
  • 4. Waktu Solat Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.
Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.
  • 5. Waktu Solat Isyak
Apabila masuk waktu Isya, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebenarnya, inilah waktu tidur dalam Islam dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relax / rehat.
Wallahua’lam
lots of love ,