-->

Sponsor yang bertanggungjawab ^^


Wah.. 'sponsor yang bertangunggjawab atau prihatin ' ialah gelaran bagi Ridoma , Ridoma ni jenama coklat yang dijual online . Haritu Hazirah menang giveaway dan mendapat hadiah coklat Ridoma ni , yang Hazirah kagumnya , pihak Ridoma memang betul-betul serius bab sponsor giveaway ni ...
Siap datang rumah Hazirah kerana poslaju tak dapat cari alamat rumah Hazirah , haha ... 
memang tabik lah kat Ridoma ni , sebab selama Hazirah menang giveaway ,  kalau poslaju tak jumpa alamat yang ditujukan , penganjur giveaway tu cuma minta maaf je , tapi , pihak Ridoma ni memang sponsor yang bertangunggjawab ^^
Perasaan Hazirah waktu pihak Ridoma datang rumah semata-mata hantar coklat ?
Gembira+bersyukur sangat :D
kebetulan harini birthday ibu , so Hazirah bagi coklat tu kat ibu , bukti bahawa blogging tak sia-sia :D huhu



eh , dah balut pulak , haha lupa nak tangkap gambar sebelum dibalut ^^
   

Happy for such reason :3


Assalamualaikum w.b.t , salam pagi Isnin ! ^^ entah kenapa harini terasa nak check overview bahagian referrers , ada pulak link yang buat Hazirah rasa macam tak percaya , mereka lah penyumbang trafik yang tak disangka-sangka :
heart attack O.o

Pada mulanya Hazirah pun tak percaya juga , bila dah singgah link tu , baru Hazirah perasan yang mereka ni letak link Hazirah kat bahagian linkies tapi Hazirah tak tahu pun dan tak pernah diberitahu ?
i'm suprised for another reason O.o

Ok , memang Hazirah suprised macam mana lah link Hazirah boleh tersangkut kat dalam bahagian linkies ni sebab Hazirah tak pernah minta Qihah untuk exchange link sebab Qihah ada bagitahu (kat bahagian paling atas) yang exchange links ditutup , tup tup , ada pulak link Hazirah kat dalam tu , entah macam mana pun tak tahu lah , benda ni dah lama dah Hazirah perasan , sebab tu cepat-cepat letak link Qihah dalam bahagian exchange links hehe ^^  dan sejak haritu lah , Hazirah jadi followers dan readers Qihah :"D
ni lagi lah ,  siap bahagian yang paling atas pulak tu O.o
Blog ni lagilah menghairankan sebab Hazirah tak pernah review dia , tak pernah minta untuk tukar link dengan dia , secara tiba-tiba boleh pulak link kita kat atas tu @_@  ye , sama macam Qihah sejak haritu kita rajin singgah blog dia , tapi lupa nak letak link dia dalam bahagian exchange link -,- baru harini teringat hehe ^^ tapi sebab die memang suka edit blog , Hazirah anggap je yang dia pernah guna skin Hazirah ...

p/s : korang-korang yang sedang membaca ni jangan gatal-gatal pi tanya kenapa link Hazirah boleh sesat dalam tu pulak , huhu , bagi Hazirah , kalau ditanya , kita macam memaksa suruh buang link tu pulak , lagi pun biar lah Hazirah dalam kebahagiaan ni , eccewah , kalau Hazirah pergi tanya sendiri , nanti Hazirah terpaksa kembali ke alam realiti bak kata Ran Mouri haha :"D

   

Kuat makan VS Tak Sembahyang

 

( MESTI BACA !! )

" KUAT MAKAN vs TAK SEMBAHYANG "

Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Kamal duduk di rumahnya… cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul - betul menghabiskan borehhh…

Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Natgeo di tv1… lepas tu sambung tengok Berita Perdana juga di tv1… lepas tu makan… lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak mengalahkan orang politik.

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu…

Satu hari dia dapat idea…

erm , sedapnya xD
Satu hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji…” katanya kepada Kamal… “Boleh juga… ” kata Kamal tanpa mengesyaki sesuatu.. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal…

Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi makan lagi, dan lagi… dan lagi…” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… .agak-agaklaa…” katanya tersenyum..

“Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni… mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa…Mereka bermain set kedua… Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main damhaji tentu tak faham cerita ini… )…

kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji… Apa lagi… . “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena…

Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim…tak tinggal sembahyang lagi…

p/s : Apa yang pengajaran yang baik yang anda dapat dari kisah ni ? Komen lain ?

   

Happy birthday !

Wah ! lama sungguh tak update blog secara manually ^^ hehe , harini 7hb Mac, siapa birthday dia harini ? Hazirah nak ucapkan Selamat hari lahir dan semoga panjang umur ! huhu korang sangat bertuah sebab di wish oleh Hazirah yang lahir pada 7hb APRIL, beza satu bulan je kan ? hohohoh xD
by the way , Hazirah perasan ramai yang lahir pada 5hb Mac antaranya Kak Ain Maisarah , Best buddy Hazirah iaitu Mashitah dan Aina Hanani , blogger popular tu O.o
K ! Selamat hari lahir , semoga dimurahkan rezeki ^^ segelintir berpendapat bahawa hadiah yang kita terima sempena birthday kita harus diberi kepada mak kita sebab tarikh tu juga merupakan tarikh peperangan ibu kita untuk melahirkan kita :"D
Kejap guna perkataan "mak" kejap guna perkataan "ibu" , wah , rosak karangan ? :3
ouh yeah ! bulan depan , In Shaa Allah Hazirah akan meningkat ke umur tiga-belas *not old yet :P haha*  tapi birthday Hazirah Ahad , alamatnya tak dapatlah sambut dengan kawan-kawan ...

S U P R I S E D !
Ha , waktu Hazirah pergi ambil hadiah bersempena kejayaan yang diperoleh pada tahun lepas , maka dapatlah berjumpa dengan kawan lama TAPI malangnya , kawan lama semua dah duk asrama, tak dapat balik lah pulak T^T , yang member group Hazirah yang lain ada merentas desa T^T ish3
Ramai guru yang tanya
Tak minta asrama kaa ? asal tak mohon MRSM ? dan sebagainya 
jawapan dia senang je "ibu bapa tak benarkan" kenapa ibu bapa tak benarkan ? sebab ibu bapa saya kata sekolah tu bagus , kelas aliran arabnya cantik , dan banyak lagi -..-

Tapi realitinya sekolah tu memang best cuma tak de kawan , ada tu ada , cuma ramai yang dah gi MRSM , tinggal dua orang je kawan itu pun sedang menunggu keputusan permohonan sekolah menengah agama...

Haish ! apa-apa pun , Hazirah sekarang dah pendiam tahap  Ai Haibara *from detective conan, haha lol xD * melainkan korang layan Hazirah dulu , barulah Hazirah layan korang hehehe :D

she looks cute and gergous right ?
Nantikan entri birthday Hazirah yang lebih panjang pada bulan depan *In Shaa Allah :)
   

Review Pemenang Worniojowo Giveaway by Wanynaziar

Well , Holla people ! lama tak update kan kan kan ? *cara cakap macam ada yang kisah je T^T
k! out of topic -.- hehe Hazirah ada sponsor review blog untuk 3 pemenang dan blogger yang bertuah itu ialah peserta ke 70,66 dan 60 ^^ tahniah ! tahniah ! big clap ! lol xD
ni Hazirah review tak ikut urutan tau , siapa yang first loading , dia lah yang diprint screen dulu :P
klik gambar untuk ke blog mereka :D



Blog ni lah yang paling cepat loading , hehe tahniah :D blog ni comel , cantik , blogskin by aqila , famous betul lah , bw sana sini , blogskin aqila jugak (bosan sikit) hewhew it's ok :3 , blogger ni ada update tentang tips edit blogskin dan cara menang giveaway dan lain-lain , korang bacalah Hazirah malas nak baca TAPI tak best lah tak dapat follow dia sebab tiada gadget follower T^T #sobs



blog ni simple dan cantik, ni blog untuk segmen, contest dan giveaway je , korang followlah kalau nak banyak update tentang giveaway , huhu good luck ye ! :D



ni blogger newbie kan ? hehe , masih banyak benda yang belum diterokai oleh blogger kita ni seperti jam tak diperlukan dalam blog , URL kat nuffnang mesti betul dan banyak lagi lah , takpe mula step by step lah ye :) good luck too :D

cadangan penambah baikkan bagi mereka :
  • effect hujan tu nampak serabut di mata Hazirah
  • header berpattern tu tak bersesuaian dengan background , ubahlah mana-mana yang patut
  • background terlampau bercorak , tak perasan ada tab dashb. fb , twitter dll
Maafkan Hazirah kalau ada salah review,  jangan berkecil hati dengan apa yang Hazirah tegur ok ? kadang-kadang terlebih ikhlas dan jujur pun ada keburukannya :") huhu