-->

Marhaban ya Ramadhan :D





      Selamat datang wahai bulan Ramadhan (bulan umat Islam) ! Alhamdulillah, kita dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Ramadhan kian menjelma, lupakan sengketa lama :D Tips habiskan 30 juzu' selama 30 hari ialah :  

2 muka surat setiap sebelum dan selepas solat fardhu.
(4 muka surat setiap solat fardhu)
= 4 muka surat x 5 solat fardhu
= 20 muka surat Al-Quran sehari semalam
= 1 juzu' Al-Quran sehari.
= In sha Allah berjaya, istiqamah itu penting, jangan hangat-hangat tahik ayam pulak -,-

       Banyak amalan yang boleh kita praktikkan di bulan Ramadhan seperti amalkan sunnah Rasullullah S.A.W. kemudian sambung hingga bulan seterusnya, semoga kita semua dapat menjadi mukmin dan mukminah yang sejati :) Sekiranya Hazirah rajin, in sya Allah, mulai esok Hazirah akan post tentang kebaikan solat sunat terawih setiap malam dan tazkirah sempena bulan Ramadhan :)

Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan :D

p/s: sedang mencari idea melakar grafik untuk slider sempena Ramadhan ni, ingat nak letak nasyid marhaban ya Ramadhan by Rabbani tapi takut ada yang lari pulak, ye lah korang kan tak suka blog yang bising.
ouh cakap pasal blog, kenapa sejak 30 Jun haritu, semua laman sesawang yang (dot)blogspot tak boleh buka ? google kata tak jumpa , ke Hazirah sorang je yang bermasalah macam ni ? kalau blog yang guna alamat (dot)com/my , boleh pulak buka.. hurm :/
   

No comments :