Awas ! Ada Makna Di Sebalik "Peace" !

Pernah tak korang bergambar buat tanda PEACE ? Kalau cakap tak pernah macam tipu je kan ? Sebab Hazirah sendiri pun pernah. Biasa la da jadi macam trend+style kot bila bergambar je jari terpacak buat "Peace"? Tapi tahukah anda makna di sebalik simbol tersebut ?

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati!! Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).
Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala.Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa tu adalah tanda kegemarannya.Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist).
Ok da tahu kan ? lepas ni bergambar buat gaya macam tengah nyanyi lagu Negaraku ye :)
SUMBER

Cara Sebenar Hayati Kelahiran Rasulullah

Maulidur Rasul : Bagaimana Cara Sebenar Hayati Kelahiran Rasulullah s.a.w.?

Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

ASAL USUL SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. – Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.

p/s: mulai bulan jan-mac hazirah berhiatus kejap sebab hazirah dah jadi penolong keceriaan , sebagai penolong keceriaan hazirah sibuk duk cari idea kat photoshop ni , cari bahan lagi , ketua tolong hias je T^T so sorry kalau tak balas mesej atau lain-lain , on pakai phone je -,- tu yang tak on9 blog ni , tapi takpe sebab dah ada 10 sheduled post untuk hilangkan habuk dalam blog ni *termasuk post ni :)

Review Pemenang The Great Holiday Giveaway by Izyan

baru sempat nak review , ni pun nasib baik perasan kalau tak sampai bila- bila tak review , gome gome ^^ haha semi-hiatus -,- jangan lupa terjah diorang !! klik screenshot yg disediakan :)
blog ni comel , semua widget tersusun kemas ,suka sangat ^^  mempunyai 89 follower dan pengguna blogskin :3
blog yg menghilang :3
follower - 1766 wow ! haha dgn blog yg kemas dan banyak info serta tuto yg disediakan mmg tak hairan lah , dan juga pengguna domain (dot) my , hehe tahniah kita satu geng :D

Tutorial : How to link a banner

Linkkan banner ? rasanya ramai newbie yang sertai giveaway tak backlink banner tersebut kan ? *cepat mengaku andalah tu :P -gurauan semata-mata
mungkin mereka tak tahu cara-caranya , tidak mengapalah , harini Hazirah nak ajar fahamkan betul-betul :)
bismillahirahmanirrahim...

Tutorial : Cantikkan Post Title

Preview :
Hazirah dah agak dah ada yang akan request haha xD
nak buat jugak ke ? jom !
Template designer : cari kod post-title atau seakan-akannya di bahagian Template
Classic template : cuba cari kod untuk title punya (hazirah tak tahu kod nya apa)
gantikan dengan kod di bawah ...
preview , kalau puas hati boleh save :)
.post-title {
padding-bottom:5px;
padding-left:30px;
margin:20px;
text-align:left;
border-bottom: 2px inset #c5adab;
background:url(http://media.tumblr.com/tumblr_mc467s2Gzs1qdlkyg.gif);
background-repeat:no-repeat;
font:14px arial ;
font-color: #F5D0A9;
letter-spacing:2px;
-webkit-transition: all 0.5s ease;
-moz-transition: all 0.5s ease;
-o-transition: all 0.5s ease;
display:block;

MY OWN CODING !! DO NOT RE-POST , haha syok sendiri , macamlah ada yang nak re-post tuto ni :3

Tutorial : Cantikan Cbox

Live preview :

le rules
le rules
le rules

#amacam cantik tak ? mueheheheh
basecode credit

nak buat jugak tak ? rasanya ramai yang tanya tapi Hazirah malas nak bagi design sama so just bagi basecode tu je , tapi sekarang Hazirah dah tak pakai design tu , kini korang boleh guna hohoho :)

Template designer : paste kod dalam HTML Javascript di bahagian Layout
Classic Template : letak di tempat yang anda ingin ia muncul

♥ le rules
♥ le rules
♥ le rules

lalala  : tukar kepada peraturan anda sendiri
lalala : : url background
lalala  : tukar kepada kod cbox anda ,
edit kod di sini dahulu , semoga berjaya :)

Selamat Tahun Baru 2013 ^^

Rasanya Hazirah masih belum terlambat nak wish Happy new year pada korang semua :) hehe Azam tahun baru Hazirah ? huh , dah lama dah pasang sejak awal muharram lagi , tapi sekarang dah tak ingat apa azam tu , *memori yang lemah kerana tak beristiqomah , tapi macam setiap tahun Hazirah akan berusaha untuk menggembirakan hati ibu bapa Hazirah even sekolah menengah biasa dan di samping menjadi hamba yang solehah , inSyaAllah :D
rindu nya nak tengok cerita detective conan setiap hari nanti sekolah mesti tak dapat :/
ouh my Nanoha , I will miss you :)