-->

Tips Penulisan Novel Remaja - AinMaisarah



Kenapa nak tulis novel ? Untuk apa ? Hah, kalau nak tulis sebuah buku atau novel, perlu ada matlamat :) Antara matlamat utama penulis termasuklah,

  1. Kepuasan - Apabila kita berjaya menulis novel, kita akan rasa gembira. Tambahan pula, kalau ada orang memuji karya kita. hehehe :P

  2. Dakwah - Setiap cerita, perlulah ada nilai murni dan pengajaran. 

  3. Pendapatan - Kita hanya dapat 10% daripada harga novel. Namun begitu, sekiranya 3000 naskah novel RM10 dijual, maka pendapatan penulis itu ialah RM3000. Hasil itu boleh digunakan untuk buat apa-apa perkara faedah ;)

  4. Kredibiliti

Rangka Novel. Kenapa ramai penulis terhenti di tengah jalan ? Ini kerana mereka tidak menyediakan rangka novel. Rangka novel boleh dibuat menggunakan,

  1. Carta minda tulang ikan
  2. - Rangka ikut bab 
  1. Teknik degupan jantung
  2. -permulaan - mendatar
    -konflik - perkara negatif / suram berlaku
    -klimaks - kemuncak
    -penutup - the end...
Sebaik-baiknya, tulislah sebuah novel 200-300 mukasurat, dan mempunyai 12-13 bab. Setiap bab mempunyai 15-20 mukasurat.

Sudut pandang (paling disarankan).
  1. Sudut pandang ketiga.
  2. Nama watak atau dia.
  3. Kamera dipegang oleh penulis.
  4. Contoh : Hero Rebut Popular, ms168.
Alfi termenung di atas katil, dia mula menyesali sikapnya kepada Cikgu Aziz. Nabi pun tidak pernah bercakap tidak sopan pada musuhnya. Entah mengapa, semenjak melihat peristiwa kemesraan Cikgu Aziz dan Najmina... dia jadi tidak menyukai cikgunya itu !

Teknik memulakan novel.
  1. The Normal Storytelling - Pada suatu hari...

  2. Cheknov's Gun - Meletakkan satu item yang penting pada babak 1 yang akan memainkan peranan pada babak 2.

  3. Medias Res - Plot yang menarik letak di hadapan. Contohnya, bab 7 letak sebagai permulaan, so bila sampai pada bab 7, kita hanya perlu copy paste sahaja.

  4.  The Ticking Clock - Permulaan dan cerita, bila akan berlaku sesuatu perkara. (mencemaskan/mengembara).

Teknik pengakhiran novel. Elakkan plothole, melainkan dah rancang nak buat sambungan pada novel seterusnya.
  1. Ending twist (kejutan) - Elakkan. Contohnya, penutup dia, segala perkara yang hebat belaka itu sebenarnya sebuah mimpi ._.

  2. After effect - Contohnya, 2 bulan selepas kejadian...

  3. Penutup ular gigit ekor - Contohnya, mulakan dengan watak A. Penutup pun berakhir dengan watak A.

  4. Harapan 

Teknik menulis
  1. Slow motion.
    Contoh, Fahrin terjatuh basikal kerana terlanggar batu, habis luka-luka tubuh lelaki itu.

    Slow motion = Fahrin betul-betul resah, jam tangan dikerling beberapa kalidengan rasa bersalah. Lewat, dia lewat ke sekolah lagi ! Basikal kini dipecut dengan kelajuan maksima. Fuh, kereta Ferrari pun kalah ! Dikayuhnya dengan sepenuh hati, hingga tidak sedar terlanggar batu besar di tepi jalan. Bedebuk ! Basikal melayang, Fahrin pula terbang ke udara ala-ala Superman pulang petang. Sebaik mendarat dengan keadaan tergolek-golek, Fahrin menyumpah seranah diri sendiri. "Habis! Habis luka lutut dan lengan aku hari ini !" 

  2. Emphasization.
    Contoh, Sazzy menyampah sangat dengan Umie Aidah ! Sakit hati... sakit jiwa... sakit dada ! Itulah apa yang aku rasa ! Stres tahap gaban kerana musuh ketat sudah menjelma. Sekiranya mata ini boleh tumbuh ketumbit dan bisul, mesti sudah berbintik=bintik keluar bernanah sebaik menatap wajah Umie Aidah.

    Sekiranya kulit mukaku boleh bertukar warna mengikut perasaan, tentu wajahku sudah gelap gelita seperti orang minyak... kerana benar-benar rasa marah dan menyampah !

  3. Rhyming.
    Contoh, Linda paling suka apabila dirinya dipuji. Manis mukanya bak bidadari. Mulusnya kulit persis kapas berseri. Bersinarnya rambut bak disinari mentari. Ya, Linda memang gila pujian tahap tertinggi !

  4. Fast Moving
  5. Shock Cut
  6. Twist
  7. Visual (Show Don't Tell)

Proposal buku kepada syarikat Penulis Tunas Super (PTS)
  1. Guna :
  2. -perkataan yang mudah faham
    -perkataan standard
    -Bahasa Melayu Tinggi

  3. Elak :
  4. -bahasa trendi
    -perkataan bombastik
    -bahasa dialek
    -Bahasa Melayu Rendah

  5. Proposal buku :
  6. -ringkaskan kesemuanya ke bentuk sinopsis
    -2 mukasurat sinopsis
    -pilih watak
    -pemilihan lokasi
    -tema cerita
    -durasi cerita
    -kenapa cerita ini bagus?

Pembahagian masa ? Sibuk sangat sampai tak dapat tulis novel ? Kalau boleh, sekurang-kurangnya, tulis 1 mukasurat 1 hari. Insya Allah 4 bulan kemudian, dah boleh hantar ke editor dansetelah melalui proses tertentu, novel akan siap dicetak dan dijual :) Selamat maju jaya ! :D

Semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat :) ingat, DISIPLIN kunci kejayaan !


   

2 comments :

Siti Munirah said...

bagusnya perkongsian ni. saya minat menulis, tapi belum sampai ke tahap menulis novel. :)

done follow sini. #692. :)

Hazirah Muslim said...

terima kasih :)