-->

Seminar NoveliStar AinMaisarah



Huhu seminar novelis.. Sebenarnya, Hazirah nak pergi kem pengawas (28hb feb-2 Mac) tetapi setelah mengkaji penglibatan rakan sekelas dalam kem, tiada seorang pun yang sertai so Hazirah rasa pergi seminar lebih baik dan berbaloi.. gembira dapat pergi seminar dengan hati yang tenang hahaha..

Post ini tentang apa yang berlaku sahaja, segala ilmu akan Hazirah kongsi tapi bukan dalam post ni, sebab banyak, huhu penat korang nak tunggu dia load kan.. 
Ilmu perlu dikongsi kerana ilmu ini bukan kita yang punya. Siapa punya ? Allah yang punya ;)
haha Hazirah cakap tak serupa bikin, ada dua tiga tutorial yang Hazirah tak bagi share... tapi bukan sebab kedekut ilmu tapi sebab korang suka claim tu korang punya, bikin panas je huhu ~

pemberi tunjuk ajar ialah Puan Ain Maisarah dan suaminya. 
banyak tips yang dikongsi supaya dapat membuat novel yang baik ^^

Dapat kawan baru, Ainul, Najihah, Mimi, dan lain-lain.. ^^ Alhamdulillah...
Mana satu Hazirah ? yang paling khusyuk pandang depan :P kwang kwang kwang :v

Group Fabulous Girls. Mentor = Kak Izanor Sharif, penulis novel siri Dongeng Sri Bangsar :D bila pandang muka akak ni, teringat ustazah Hazirah sebab muka diorang lebih kurang o.o 
Nama group tu susah betul nak cipta, last-last fabulous girl juga yang menang undian haha :P

Bukan nama group sahaja kena cipta, nama pena pun perlu. hehe. Hazirah Muslim :) 
Ramai fikir Hazirah bajet alim tapi sebenarnya nama penuh Hazirah ialah Hazirah binti Muhamad Muslim.. Lol xD

sajian makanan tengah hari. Habis satu dewan bau ayam KFC. 4 orang sahaja yang menempah nasi huhu.. nasi lagi kenyang rasanya... ?

Setelah penat melakukan aktiviti berkumpulan dan membuat latihan, kami berehat seketika dengan hidangan donut Big Apple. Hazirah pilih yang ada corak bunga warna putih pada donut coklat tu :) Alhamdulillah ...

sesi fotografi semua peserta sebelum pulang sebagai tanda kenangan ;)
Hazirah dapat bergambar di sebelah mentor kumpulan sendiri, bangga jap haha
*jangan tanya kenapa ada smiley ditengah-tengah tu ok...

sedang mengucap selamat tinggal kepada mentorku T^T huhu, walaupun Hazirah nampak pendiam, tapi Hazirah rasa macam nak duduk dalam seminar ni lebih lama.. :/ dan Hazirah tak sempat nak beli novel dan ambil tandatangan penulis yang lain kerana ibu sudah lama menunggu.. huhu :')

Ini ialah antara benda yang Hazirah dapat (selain ilmu) ketika menghadiri seminar. Ada banyak lagi tapi dah selamat sampai ke dalam perut xD hehehehe

akan ku manfaatkan ilmu yang dipelajari,
agar dapat menulis novel dengan baik,
 ^^ dan menjadi novelis,
 yang dapat membantu diri dan pembaca ke arah kebaikan,
In Shaa Allah,
   

No comments :