-->

Merentas Desa. Starbuck. Happy Birthday.

 

       Pada 22hb Februari ni, sekolah Hazirah ada menganjurkan acara "Kejohanan Merentas Desa". Sekolah ni ada empat rumah sukan iaitu [ibnu hazem-merah] [ibnu radzi-kuning (tapi dah bubar)] [ibnu sina-hijau] [ibnu khaldun-biru] [ibnu rusyd-ungu]. Hazirah rumah sukan Ibnu Rusyd. Hazirah nak sangat sekolah sbpi tapi Hazirah rasa sekolah ni pun bagus juga. Lihatlah, nama rumah sukan sahaja sudah nama tokoh-tokoh islam :D bangga wuuu.. Lol 
       by the way, laluan merentas desa ni Hazirah hafal tapi tak confident. Hazirah ikut orang depan dan akhirnya.... Hazirah tersalah laluan T^T penat patah balik, tapi Alhamdulillah Hazirah dapat sumbang markah kepada rumah sukan Hazirah, tak perlu tahu kot Hazirah dapat nombor berapa .. hewhew :P Hazirah tersalah laluan sebab penjaga checkpoint tak bagi tahu kena belok kanan -.- rupa-rupanya penjaga checkpoint pun tak tahu yang sebenarnya kena belok kanan. haih, kangkung punya orang! =.=


       Alhamdulillah, pada mulanya, Hazirah memang dah plan nak berhenti blogging sampai cuti panjang baru sambung balik, namun setelah sampai badge yang comel lagi kiut miut ni, Hazirah rasa bersemangat nak sambung blogging xD haha.. Hazirah letak badge ni di penselbox, disebabkan doodle dia lelaki perempuan maka datanglah insan-insan mempertikai, siapakah lelaki itu ? >_< Lol design dia dah memang macam tuh, comel apa.. kan ?


         Hazirah dan Ain lepak di Starbuck. Kak Hidayah (kakak sepupu) yang belanja. Ceritanya begini, Kak Hidayah nak borak-borak dengan Kak Sarah (kakak hazirah) di Starbuck. Menurut beliau, ini lah tempat paling seronok untuk bersantai sebab tak ramai orang dan bau kopinya juga menyelerakan tetapi, sekiranya beliau pergi berseorangan, tiada wang saku yang akan diberi. Oleh itu, dia mengajak Ain (adiknya) untuk turut serta kerana hanya dengan kehadiran Ain, si ibu akan memberi wang saku, teruknya permainan dia ? :P haha.. Ain ni pula tak akan nak duduk sorang-sorang, so diorang ajak Hazirah.. Memang best kat Starbuck ni, ada free+fast wifi, semua urusan berkaitan internet yang tak dapat diselesaikan di rumah, Hazirah selesaikan di sini, hahaha...



       Untungnya keluarga ini, dapat anak yang rajin-rajin belaka. haha (jangan muntah, jangan muntah :P).. yang benda warna kuning tu ialah Maple Mille Crepe Hazirah ver. tu salah buat sebenarnya sebab banyak bahan yang ditukar kepada bahan lain Lol, tapi tak apa, memang time tu addicted sangat dengan manga Yumeiro Pattisiere (cerita tentang makanan terutama dessert lah)...memang nak sangat buat untuk birthday atuk, sampai gitulah jadinya hahaha xD janji sedap! haha.. yang ada perkataan [heart] Abah tu kakak Hazirah yang buat... semangat beliau buat sempena birthday ayah ... sedap ^^ 

   

No comments :