Selamat tengah hari. Sebenarnya post ni nak cerita fasal cuti sekolah bulan 12 2013 haritu, dari dulu lagi Hazirah kata nak post, tapi tak post-post pun :P hehe sorry... Post 'cuti sekolah', ini memang never-ending topic lah. Oleh itu, Hazirah cerita yang mana bagi Hazirah penting je huhu..
"the memories of being with uolls, I'll treasure it.definitely."
Geng Hazirah ialah Ain, Izzati dan Hamizah. Kitorang plan tidur rumah Hamizah selama 2 hari satu malam. Hari pertama, kitorang pergi mandi sungai. Sungai mana ? Entah, Hazirah tak tanya huehuehue ._. Best, kat situ, kena sewa pondok, dapat pula pondok yang agak jauh, nak pergi ke pondok tu kena lalu terusan kecil tapi kasut basah lah :/
Kakak Hazirah dan geng beliau, sedang memasak hidangan nugget, ikan goreng dan burger.. apa entah nama alatan dia haha... Nak buat sedikit pengakuan, Hazirah sebenarnya kurang pengetahuan Lol ('_') *tutup muka malu* hahaha :P
Ada banyak gambar sebenarnya tapi hazirah sangat malas nak mengupload, kalau nak tengok, sponsor unifi please hahaha :v
Lebih kurang pukul enam petang hazirah pulang. Lama kan kitorang berendam ? sehari suntuk di sungai, tak apa, best ! ^^ jauh juga kitorang merantau, yang paling best, waktu pergi bahagian atas, melungsuri sungai sambil berbaring, tak reti berenang ? tak mengapa sebab seberat mana pun anda, Insha Allah (tak confirm haha) anda akan terapung sebab air deras atau ketumpatan air ni lebih banyak daripada ketumpatan jisim badan kita. Dah masuk bab sains pulak ._. heh
Malam tu, hazirah recommend diorang anime Another. Mula-mula, semua bajet cool "kartun je" "takkan seramnya" .. tapi baru dengar background music, muka diorang semua dah cuak xD haha.. berlagak lagi...
-not mine. credit to the owner-
***
Keesokan harinya, kitorang pergi berjoging di tasik *yang tidak diingati namanya* sampai pukul 11 pagi. sepanjang perjalanan nak ke tasik tu, memang menggugat iman. bayangkan kita dah elok-elok slim, lepas tu, boleh pula dia buka restoren stik kat sebelah tasik TTuTT restoren yang femes tu "Steak House" tak silap. sabar je lah :/
Hazirah kalau berjalan ke mana-mana, Hazirah punya tahap fokus tu sampai orang panggil pun tak dengar. Hazirah bagitahu awal-awal, kot kot lah kita terjumpa kat luar tapi hazirah buat tak layan, haha memang hazirah tak dengar. bukti ? tadi hazirah jogging, tinggal sepupu kat belakang :P bila dah habis jogging, dia bagitahu "tadi ada anjing ikut hazirah kat belakang" .. Lol patutlah bila hazirah lalu sebelah orang cina, orang tu duk "syuh syuh" ingatkan halau siapa lah tadi...
waktu hazirah jogging, kakak ada panggil suruh balik tapi sebab hazirah tengah jogging, (terlampau fokus) hazirah tak dengar. oleh yang demikian, kakak ku telah melabel aku sebagai "tak kisah hal orang lain" "fikir diri sendiri jek" dan sebagainya. pity erk ._.
#side note : kalau tengah jalan pun sama, kena tegur hazirah *pegang bahu ke apa* baru hazirah dengar, kesian kawan-kawan hazirah, diorang panggil hazirah banyak kali tapi hazirah tak menyahut pun sebab bila Hazirah bergerak ke suatu tempat, Hazirah tak pandang sekeliling sebab Hazirah dah terbiasa. Dulu, bila lalu mana-mana mesti ada orang kacau, jadi Hazirah fokus yang orang kacau pun Hazirah buat tak tahu. Sama juga dengan kena marah atau bebel. Jangan terlebih bebel atau Kemahiran Telinga Kuali Hazirah jadi Expert haha :3
Selepas balik berjogging, Hazirah and the geng melancong ke Jusco. Jusco ni besar dan best sebab (in my opinion) ada kedai Comic Paradise-manga, Teppanyaki-restoren makanan jepun yang halal dan Popular-kedai buku tapi ada jual dvd anime... ada juga singgah market jusco untuk beli takoyaki dan sushi. hehe #japanwhore for half a day Lol :v
Hazirah paling suka sushi inti salmon (^^,)
this is niku soba/beef noodles, nampak kecil tapi mi dia agak tebal dan sedap ^^ daging dia pun lembut :D Alhamdulillah kenyang.. tapi tak berpeluang makan nasi jepun sebab mahal :( ramai kata nasi dia paling sedap, insya Allah ada rezeki lain kali lah merasa..
Walaupun penat bershopping, kena cepat-cepat bersiap kemudian pergi ke rumah Nurul Ain pula.. rasa sedih nak tinggalkan rumah Hamizah sebab kat situ ada keyboard. Hazirah reti main lagu yang basic je, macam opening atau ending anime tu belum mahir lagi lah.. hahaha
Dekat rumah Ain ni pun best, dia ada Xbox.. main game dancing dengan bowling sahaja sebab haritu (suatu masa yang dahulu seminggu sebelum ke bagan lalang) dah main semua game yang ada.. bowling dan dancing je belum master haha..
yeay !!!! hahaha xD
yang tak dapat bintang tu... Hazirah haha xD
Malam tu, Hazirah dan kakak balik ke rumah semula. Agak lonely bila tinggalkan orang yang kita nak habiskan masa bersama :') .. tak apa lah, ada rezeki, In Sya Allah jumpa lagi huhuhu (:
No comments :
Post a Comment