-->

Jumpa Ain Maisarah . Alhamdulillah ^^


Semalam bersamaan 28 April 2013 pada jam lebih kurang 7.15 malam , Hazirah berpeluang bertemu dan mendapatkan autograf Kak Ain Maisarah , haha xD Kenapa datang malam ? sebab Hazirah ada terbaca kat fanpage Kak Ain yang waktu tak ramai pengunjung ialah pada jam 6 petang ke 7 malam , so nak dapatkan kesempatan borak lama sikit , datang lah waktu tu ^^ hehe
Lebih kurang 5.30 petang , Hazirah bersiap-siap dahulu, bertolak dari rumah pada jam 6.30 petang , amboi, lamanya bersiap >< Don't blame me :3 Sampai PWTC pada jam 7 malam, waktu ni memang tercari-cari juga kat mana lah kedai Pink Ain Maisarah sebab kedai tu agak tersorok , Alhamdulillah , jumpa juga pada akhirnya :D sesampai sahaja di sana , Hazirah pujuk ayah supaya beli pakej 200 tu , bukan dalam tu ada 200 buku, ianya semua buku baharu terbitan Blink RM200 ,
Tapi pakej 200 Hazirah takde Novel Hero vs KL GengStar , yang ada ialah Novel Hero takut Zombie tapi kat rumah dah ada novel hero takut zombie , asalnya nak tukar , tapi Kak Ain dah tandatangan novel Hero takut zombie tu , alahai takpelah lain kali lah beli Hero vs KL Gengstar tu , novel lain pun belum habis baca lagi T^T

Sebenarnya Hazirah teringin juga nak beli jaket Wannabebs tapi bila difikirkan yang Hazirah ni bukan jenis suka pakai jaket , sweater *betul ke eja* pun tak teringin nak beli....
Lepas beli tu , Hazirah pun berpeluang bergambar dengan kak Ain ^^ huhu time tu ada berdialog sikit ... sambil-sambil tu Kak Ain tengah menurunkan tandatangan..
Kak Ain : Sebelum ni Hazirah pernah berjumpa dengan Kak Ain ke ?
Hazirah : Pernah , dekat SK Gombak Setia dulu, yang tangkap gambar dengan Balqis tu , tapi time tu tak pakai cermin mata O///O
Kak Ain : Ouh , yang kat Gombak Setia, sekarang umur Hazirah berapa ?
Hazirah : 13 tahun...
Kak Ain : Sekarang sekolah kat mana ?
Hazirah : SMK Seri Gombak...
Kak Ain : Hazirah memang suka baca buku Kak Ain ke ? *hazirah angguk* Mana tahu Kak Ain ada kat sini ?
Hazirah : tengok kat fanpage
Kak Ain : ouh dah tengok lah laman web ni , ... maknanya bila tahu Kak Ain ada disini , Hazirah pun ajak ayah datang sini lah ? *hazirah angguk sambil tersengih-sengih* Terima kasih banyak-banyak Hazirah , dalam banyak-banyak buku , buku mana yang Hazirah paling suka ?
Hazirah : entahlah , semua suka :D
Kak Ain : wah , terima kasih banyak-banyak Hazirah , terima kasih sangat sebab sokong Kak Ain selama ni ^^ 

lepas tu , Kak Ain serahkan sijil dan kitorang tangkap gambar sama-sama :D ada lagi dialog cuma dah lupa ^^ Kak Ain ada pesan, siapkan homework dulu , baru baca buku novel , soalan cepumas : kasut dah basuh belum ? dah kering dah pon :3


tandatangan Kak Ain ^^ thank you so much !

Hazirah datang PWTC semata-mata nak jumpa Kak Ain je , lepas tu terus balik , dalam 7.40 macam tulah , tapi sampai rumah jam 8.20 malam sebab kesesakan lalu lintas akibat banjir , nasib baik tak terlepas solat Maghrib , ish ish ish...

Tapi malam tu memang puas hati lah , best sangat-sangat, bersyukur sangat walaupun novel Hero vs KL Gengstar tu takde , haha tak habis-habis pasal novel tu... Hazirah tak perasan pulak waktu Kak Ain tandatangan yang novel tu Hazirah dah ada...

Apa-apa pun , Hazirah makin tersenyum apabila keesokan harinya Kelas 1 KAA (kelas Hazirah) Juara kelas terceria dan terbersih , biasalah , tengok siapa Ketua Keceriaan dia ... haha xD tapi takdelah bangga mana , tu pun sebab cikgu juri kelas lepas ahli keceriaan kemas kelas, lap tingkap paling penting :)

Senyuman Hazirah makin bertambah apabila Kumpulan Hazirah berjaya dalam Explorace Sains dan Matematik bersempena dengan Minggu Akademik :D Alhamdulillah , sebelum balik ada lah jamuan sikit , bahagikan hamper dan lain-lain... alhamdulillah rezeki ,..

Minggu lepas, SMK Seri Gombak mengadakan sambutan Hari Buku & HakCipta sedunia , Hazirah cuma sertai acara Literasi maklumat iaitu cari maklumat menggunakan internet , soalannya senang sahaja , siapa paling cepat lah yang dapat , soalan dia , senaraikan 5 jenis buku BM dan BI yang terbaru di Malaysia , apa lagi letak jelah senarai buku Ain Maisarah yang terbaru hehe ^^ tapi kat BI tu stuck sikit , kemudian , diikuti dengan soalan Penulis buku Harry Potter, Watak penyiasatan bahasa Inggeris yang terkenal dan tempat Pameran Buku Sedunia diadakan Di Malaysia... ha ! senang je kan ? Hazirah dapat Naib Johan , Alhamdulillah :D memang tak terfikir pun boleh menang , siap sempat pergi tandas sebab fikir takkan dapat apa-apa hadiah , last-last terkejar-kejar pergi pentas LOL xD

Memang Hazirah gembira sangat-sangat ^^ Sebenarnya Hazirah ni boleh dikatakan Anti-Social sebab tak banyak bercakap dan kadang-kadang terlupa bila kali terakhir Hazirah senyum secara ikhlas... Tapi mulai harini , Hazirah berusaha untuk sentiasa senyum sebab orang yang sentiasa senyum ialah orang yang sentiasa berfikiran positif ^^ bukan bermaksud Hazirah sentiasa berfikiran negatif , tapi Hazirah pernah dengar quote " senyuman ialah make-up yang boleh dipakai oleh semua wanita untuk kelihatan lebih berseri-seri"

 
p/s : terima kasih juga kepada pembaca yang sanggup baca sampai habis ^^
panjang betul entri kali ni ,....

3 comments :

Unknown said...

bestnya dapat jumpa ain maisarah , nanti komen n follow sini pulak k
http://www.officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/

Mashitah Ridzuan said...

Wah ! Best nye . Nk jgak .. Untunglh hazurah sekarang ni .. =)

Hazirah Muslim said...

@Syafiq Muhammad semestinya ^^

@Mashitah Ridzuan alhamdulillah, hazurah ye hazurah -,- lol~