Alhamdulillah , homework dah siap ! yeah ! tinggal prepare untuk pertandingan lepas cuti nanti je .. Kawan-kawan Hazirah ada buat reunion (budak perempuan sahaja) hari Ahad yang lepas tapi Hazirah tak dapat pergi sebab ayah tak bagi kebenaran katanya "janganlah asyik lepak sahaja , tengok kakak kamu , umur 13 duduk rumah baca buku" ...
Kebetulan kawan Hazirah buat reunion di KL Festival City , dia orang mesej Hazirah di kedai buku popular dengan tajuk "DVD Nanoha the series and movie had be found at Popular Bookshop" aaaaa ! siapa yang tak cemburu , dia orang dah jumpa DVD Nanoha , Hazirah pun pujuklah ayah nak pergi kedai buku popular sebab kedai buku tu banyak buku kononnnya...
Orang macam Hazirah ni pergi kedai buku bukannya beli buku tapi beli DVD anime , hahaha xD jangan contohi sikap Hazirah :P by the way , banyak DVD anime kat situ , tapi Hazirah bawa RM50 sahaja (sobs) kalau tak, satu rak bahagian DVD anime tu, Hazirah borong O.O hahahahah...
Hazirah sibuk dengan anime , ayah Hazirah pula sibuk dengan animasi 3D , yang paling terbaru ialah Epic , tapi kali ni tak beli yang 3D punya sebab yang 3D tu ditayangkan pada jam 7.15 malam hingga 9 malam , maghrib takkan ku sia-siakan weyh ! beli yang biasa punya , tapi takpe , kualiti dia cantik !
Cerita ni direka oleh pereka cerita Ice Age dan Rio . Ice Age dan Rio tu dah lah best , mesti Epic ni lagi best , haha Epic is epic :D actually , first time Hazirah dengar filem yang diberi tajuk 'epic' sebab selalunya kita akan kata "the movie is epic" , kali ni "epic the movie" ...
Sinopsis :
Seorang gadis yang bernama Mary Kathrene atau MK mempunyai seorang ayah yang menghabiskan seumur hidup untuk membuktikan bahawa 'leafman' (orang kerdil yang menjaga hutan) tu wujud . MK ni tak suka pekerjaan tersebut , kerana pekerjaan itu menyebabkan ayahnya mengabaikan keluarga . MK ni ada seekor haiwan peliharaan iaitu anjing (dah lupa nama , buzzy ke buggy apa entah).
Suatu hari , ayah MK ni pergi meninggalkan rumah kerana salah satu kamera CCTV di hutan itu berbunyi. Tak lama selepas itu , anjing tersebut berlari ke arah hutan ketika MK bertekad untuk meninggalkan rumah dan ayahnya . Pada masa yang sama 'leafman' tengah berperang dengan orang jahat (tak ingat dia gelarkan diri dia apa) untuk membunuh permaisuri 'leafman' sebelum sempat memberi nadi hutan kepada warisnya . Nadi hutan itu diletakkan di dalam sekuntum bunga , sekiranya bunga itu mekar di kawasan kegelapan maka hancurlah hutan itu tetapi sekiranya mekar di tempat 'leafman' maka hutan itu akan sentiasa menghijau ...
Orang jahat ni bertekad untuk memusnahkan hutan setelah tentera 'leafman' membunuh anaknya . 'Leafman' pula bertekad untuk selamatkan hutan dan membantu MK yang secara tidak langsung terlibat dalam dunia 'leafman'. Susah nak menang sebab tentera orang jahat itu jauh lebih banyak dan senjata mereka jauh lebih berbahaya daripada leafman ... Apakah kesudahan cerita ini ? Tontonlah sendiri ya , apa-apa pun cerita ni memang best , kelakar , sedih dll tetapi ada kisses scene O///O
Nilai dan pengajaran yang Hazirah dapat dari filem ni ?
- Hargailah ayah anda
- Bekerjasamalah sesama kumpulan kita
- Dendam tiada gunanya
- Hutan itu penting untuk menghasilkan oksigen maka jagalah dan sayangilah hutan atau sumber alam di bumi
Quotes terbaik daripada movie ni ?
"Daun yang banyak namun terdiri daripada satu pohon"
Dia nak cakap , kita sebagai leafman jangan tinggalkan kumpulan seperti daun yang gugur , kita perlu bekerjasama sebagai satu kumpulan :D
P/s : kan bagus kalau kat Malaysia ni ada tayangkan filem anime seperti Detective Conan (the movie) The Private Eyes in The Distant Sea... :/
6 comments :
huii , tngok jugak ^^ best sangat !! macam nak tgok lagi ja... anjing tuh nama Ozzy . xD lawak gila yg siput tuh . hahaha . syok sgt ^^
Ha ah ozzy, baru ingat , lol siput tu xde cengkerang mcm lintah pun ad , tulah kn , rasa mcm nk tgok sekali lagi :D
wah.. minat anime juga ya? Magical Girl Lyrical Nanoha memang best ^^ hehe.. akak pun minat sangat dengan anime :)
@Haruno Hana 하나 minat sangat ^^ haha *internet high five*
wah, mcm best je !
teringin nak tengok :)
@Puteri Afiqah memang best , kalau nak jimat , tunggu keluar dvd :D
Post a Comment