-->

Jumpa Ain Maisarah . Alhamdulillah ^^


Semalam bersamaan 28 April 2013 pada jam lebih kurang 7.15 malam , Hazirah berpeluang bertemu dan mendapatkan autograf Kak Ain Maisarah , haha xD Kenapa datang malam ? sebab Hazirah ada terbaca kat fanpage Kak Ain yang waktu tak ramai pengunjung ialah pada jam 6 petang ke 7 malam , so nak dapatkan kesempatan borak lama sikit , datang lah waktu tu ^^ hehe
Lebih kurang 5.30 petang , Hazirah bersiap-siap dahulu, bertolak dari rumah pada jam 6.30 petang , amboi, lamanya bersiap >< Don't blame me :3 Sampai PWTC pada jam 7 malam, waktu ni memang tercari-cari juga kat mana lah kedai Pink Ain Maisarah sebab kedai tu agak tersorok , Alhamdulillah , jumpa juga pada akhirnya :D sesampai sahaja di sana , Hazirah pujuk ayah supaya beli pakej 200 tu , bukan dalam tu ada 200 buku, ianya semua buku baharu terbitan Blink RM200 ,
Tapi pakej 200 Hazirah takde Novel Hero vs KL GengStar , yang ada ialah Novel Hero takut Zombie tapi kat rumah dah ada novel hero takut zombie , asalnya nak tukar , tapi Kak Ain dah tandatangan novel Hero takut zombie tu , alahai takpelah lain kali lah beli Hero vs KL Gengstar tu , novel lain pun belum habis baca lagi T^T

Sebenarnya Hazirah teringin juga nak beli jaket Wannabebs tapi bila difikirkan yang Hazirah ni bukan jenis suka pakai jaket , sweater *betul ke eja* pun tak teringin nak beli....
Lepas beli tu , Hazirah pun berpeluang bergambar dengan kak Ain ^^ huhu time tu ada berdialog sikit ... sambil-sambil tu Kak Ain tengah menurunkan tandatangan..
Kak Ain : Sebelum ni Hazirah pernah berjumpa dengan Kak Ain ke ?
Hazirah : Pernah , dekat SK Gombak Setia dulu, yang tangkap gambar dengan Balqis tu , tapi time tu tak pakai cermin mata O///O
Kak Ain : Ouh , yang kat Gombak Setia, sekarang umur Hazirah berapa ?
Hazirah : 13 tahun...
Kak Ain : Sekarang sekolah kat mana ?
Hazirah : SMK Seri Gombak...
Kak Ain : Hazirah memang suka baca buku Kak Ain ke ? *hazirah angguk* Mana tahu Kak Ain ada kat sini ?
Hazirah : tengok kat fanpage
Kak Ain : ouh dah tengok lah laman web ni , ... maknanya bila tahu Kak Ain ada disini , Hazirah pun ajak ayah datang sini lah ? *hazirah angguk sambil tersengih-sengih* Terima kasih banyak-banyak Hazirah , dalam banyak-banyak buku , buku mana yang Hazirah paling suka ?
Hazirah : entahlah , semua suka :D
Kak Ain : wah , terima kasih banyak-banyak Hazirah , terima kasih sangat sebab sokong Kak Ain selama ni ^^ 

lepas tu , Kak Ain serahkan sijil dan kitorang tangkap gambar sama-sama :D ada lagi dialog cuma dah lupa ^^ Kak Ain ada pesan, siapkan homework dulu , baru baca buku novel , soalan cepumas : kasut dah basuh belum ? dah kering dah pon :3


tandatangan Kak Ain ^^ thank you so much !

Hazirah datang PWTC semata-mata nak jumpa Kak Ain je , lepas tu terus balik , dalam 7.40 macam tulah , tapi sampai rumah jam 8.20 malam sebab kesesakan lalu lintas akibat banjir , nasib baik tak terlepas solat Maghrib , ish ish ish...

Tapi malam tu memang puas hati lah , best sangat-sangat, bersyukur sangat walaupun novel Hero vs KL Gengstar tu takde , haha tak habis-habis pasal novel tu... Hazirah tak perasan pulak waktu Kak Ain tandatangan yang novel tu Hazirah dah ada...

Apa-apa pun , Hazirah makin tersenyum apabila keesokan harinya Kelas 1 KAA (kelas Hazirah) Juara kelas terceria dan terbersih , biasalah , tengok siapa Ketua Keceriaan dia ... haha xD tapi takdelah bangga mana , tu pun sebab cikgu juri kelas lepas ahli keceriaan kemas kelas, lap tingkap paling penting :)

Senyuman Hazirah makin bertambah apabila Kumpulan Hazirah berjaya dalam Explorace Sains dan Matematik bersempena dengan Minggu Akademik :D Alhamdulillah , sebelum balik ada lah jamuan sikit , bahagikan hamper dan lain-lain... alhamdulillah rezeki ,..

Minggu lepas, SMK Seri Gombak mengadakan sambutan Hari Buku & HakCipta sedunia , Hazirah cuma sertai acara Literasi maklumat iaitu cari maklumat menggunakan internet , soalannya senang sahaja , siapa paling cepat lah yang dapat , soalan dia , senaraikan 5 jenis buku BM dan BI yang terbaru di Malaysia , apa lagi letak jelah senarai buku Ain Maisarah yang terbaru hehe ^^ tapi kat BI tu stuck sikit , kemudian , diikuti dengan soalan Penulis buku Harry Potter, Watak penyiasatan bahasa Inggeris yang terkenal dan tempat Pameran Buku Sedunia diadakan Di Malaysia... ha ! senang je kan ? Hazirah dapat Naib Johan , Alhamdulillah :D memang tak terfikir pun boleh menang , siap sempat pergi tandas sebab fikir takkan dapat apa-apa hadiah , last-last terkejar-kejar pergi pentas LOL xD

Memang Hazirah gembira sangat-sangat ^^ Sebenarnya Hazirah ni boleh dikatakan Anti-Social sebab tak banyak bercakap dan kadang-kadang terlupa bila kali terakhir Hazirah senyum secara ikhlas... Tapi mulai harini , Hazirah berusaha untuk sentiasa senyum sebab orang yang sentiasa senyum ialah orang yang sentiasa berfikiran positif ^^ bukan bermaksud Hazirah sentiasa berfikiran negatif , tapi Hazirah pernah dengar quote " senyuman ialah make-up yang boleh dipakai oleh semua wanita untuk kelihatan lebih berseri-seri"

 
p/s : terima kasih juga kepada pembaca yang sanggup baca sampai habis ^^
panjang betul entri kali ni ,....

Gwiyomi versi Islamik


LOL. Demam Gwiyomi sudah merebak , dulu gangnam style , lepas tu harlem shake sekarang ni gwiyomi pulak :P dulu kebanyakannya lelaki yang beraksi , haha kali ni perempuan pulak , eceh , tapi yang versi Islamik ni memang best lah , nak tergelak pun ada jugak xD sebab dengar suara macam baby tergelak , kita pun tergelak jugak xD tema gwiyomi yang original ni pasal kecomelan seperti arnab ? entah tapi yang pasti pasal comel lah... chorus yang Hazirah ingat :
1+1= Gwiyomi (comel)
2+2= Gwiyomi (comel)
3+3= Gwiyomi (comel)
4+4= Gwiyomi (comel)
5=5= Gwiyomi (comel)
6+6= Gwiyomi (comel)
oi oi rosak matematik nanti xD
kalau yang version Islamik pulak pasal pergi mengaji Al-Quran :
sapa mau comel ? gi ngaji
mau di sayang Allah ? gi ngaji
mau dicinta nabi ? gi ngaji gi ngaji gi gi ngaji
mau jadi kiut ? gi ngaji
mau masuk syurga ? gi ngaji
mau di cium ummi abi ? gi ngaji
yeahhhh ! hahaha xD
bagi Hazirah lah , memang tabik habis kat orang yang buat gwiyomi versi Islamik ni sebab dia mengajak kita untuk mengaji alquran (jangan lupa amalkannya!) , kat bahagian pendahuluan tu ada tulis Ini Kali lah , macam tagline PAS je , eh eh musim Politik lah :P

   

Happy 13th Birthday , Hazirah !


Wah , harini Hazirah ada satu teka teki , Hari ni hari apa ? hari Ahad ? kurang tepat :P Hari ni Hari lahir Hazirah ! hahah :D  Minggu lepas birthday ibu Hazirah , minggu ni birthday Hazirah pulak :) hehe actually Hazirah lahir pada 7 April 2000 bersamaan 2 Muharram 1421 jam 2:30pm... sila ingat ye :P wah, dah mencecah umur 13 , untung betul siapa yang lahir tahun 2000 , senang nak kira umur , haha xD tapi , ada orang kata tahun 2000 ni tahun naga so kebanyakkan kita orang yang lahir tahun naga ni mulutnya macam laser boleh buat sesiapa sahaja berapi-api , betul kah ? xD
alhamdulillah , lahir hari jumaat ^^ semoga kembali ke Ilahi pun hari Jumaat ^^

Sebenarnya Hazirah dah tak de mood nak join giveaway dan segmen bagai , tak tahu kenapa , mungkin sebab tak selalu menang kot ? lagi menyedihkan, menang pun hadiah tak selalu sampai ke tangan T^T nasib... 
by the way , Hazirah ingat nak re-design blog ni , tapi sebab kesuntukan masa , Hazirah tangguh make up blog ke cuti semester dua , In Shaa Allah :D
Hadiah yang Hazirah dapat ? ucapan + hadiah daripada kaum kerabat , ucapan daripada kawan-kawan alam maya dan sebagainya , thank you by the way ^^ jom layan majlis hari lahir Hazirah di secret recipe :
Happy birthday,
عيد ميلاد سعيد,
otanjōbiomedetōgozaimasu ,
Selamat hari lahir,
Hazirah Muslim !
- ice blended chocolate and chicken+mushroom rice (jagung tu hiasan?)

siapa kat sini lahir , 7 april jugak ? sepp sikit :P haha , lain kali bila dah cukup bajet Hazirah buat segmen ye ,  teruja tak ? ececeh , poyo je ayat xD

Bagi Hazirah , hadiahkan kasih sayang pun dah memadai , haha , by the way , Hazirah dapat menonton Nanoha the movie 2nd A's , wah best betul cerita dia ^^ tema cerita tu pasal persahabatan , kiranya moral of the story is appreciated your friend as long as you can ^^ siapa yang layan anime mesti tengok ! haha ,  selain movie anime Hazirah ada jugak tengok the Croods , cerita tu pasal keluarga , agak menghayat hati , 

movie link :
http://www.youtube.com/watch?v=s8sjZ9ShjeU nanoha 2nd A's part 1
http://www.youtube.com/watch?v=uXJW6MCDzoM nanoha 2nd A's part 2
nanoha best part :
http://www.youtube.com/watch?v=AEoC6CE6VPg (reunion part)
http://www.youtube.com/watch?v=cPnAkipL_p4
http://www.youtube.com/watch?v=B4WpiK2Oeo0
http://www.youtube.com/watch?v=tsPMlyIHJMw (my fav part)
http://www.youtube.com/watch?v=dkqGslz3nPA (the saddest part)
http://www.youtube.com/watch?v=PEQR7GpRcqg
http://www.youtube.com/watch?v=8AihNwiG3b4

dan banyak lagi , pendek kata setiap babak dalam movie tu memang best ^^
by the way , korang akan faham cerita ni lebih detail kalau tengok movie 1st , beli lah CD , belambak kat kedai CD tu...

bola kampung ? malas nak tengok , tunggu keluar tv je , haha produk tempatan mesti tayang kat tv punya , kan ? jangan jadi macam saya ni yang tak support produk tempatan , haha , kawan kata cerita bola kg. tu buat orang nak tertidur , ye ke ? apa-apa pun , rasanya tahun ni punya birthday lebih meriah dari tahun lepas , alhamdulillah ! :D thank you ^^
   

Ridoma ~!



Hai ! harini Hazirah saje nak promote produk Ridoma ni ^^ hehe , kenapa ? sila baca entri ini :)

Ridoma ent. Sebuah perniagaan kecil yang diusahakan oleh sebuah keluarga di Bandar Baru Bangi.
Bermula dengan membuat coklat tempahan secara kecil-kecilan. Produk ini memiliki keistimewaan kerana coklat yang dihasilkan, semuanya secara manual (hand made) dan mengunakan resepi warisan 100%.

 Setinggi-tinggi penghargaan kepada korang yang telah menekan butang 'LIKE' di 

Teruskan menyokong karya & produk hand made ridoma. Jasa korang tidak akan dilupakan.

ridoma:


yeah , sesiapa yang dibenarkan untuk beli sesuatu secara online , jangan lupa untuk beli coklat Ridoma ni , Hazirah dah pernah rasa yang ini , memang sedap , lagi-lagi yang bentuk love tu Hontōni oishī !!! Haha xD setiap bentuk mempunyai inti yang berbeza , ada inti kacang ada yang inti tak dapat diteka tapi sedap , haha :D apa-apa pun sebab ni coklat handmade so Hazirah rasa HALAL 100% !


Hazirah teringin nak beli bentuk yang lain contohnya Lovely caramel dan Exclusive milk tapi ...
Ibu dan bapa Hazirah kata lain kali lah , entah , lain kali tu beli tak tahu lah , apa- apa pun jom kita ramai-ramai support produk Ridoma !