- banner heartbeat sempena hari valentine - |
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
p/s : Hari ibu semua tu pun sebenarnya tak digalakkan menyambut sebab setiap hari adalah hari kasih sayang , get it ?
- Nak beli mug/bantal yang ada gambar korang dan orang yang tersayang tak ? jom belajar di sini !
- Jana pendapatan sambil blogging. jom mulakan sekarang (satu klik 20 sen) :D
- Belikan hadiah hari lahir untuk yang tersayang di sini,order 3 minit sampai ke rumah 3 hari selepasnya :D mudah dan jimat duit minyak hehe *dijamin penerima akan berpuas hati :)
1 comment :
@Puteri Afiqah ok ^^
Post a Comment