-->

New Theme (purple+grey+detective conan) ^^


Alhamdulillah ! Akhirnya , siap jugak mereka bentuk sekali lagi blog ni , hehe , lamalah juga nak mendesign blog ni , mula pada jam 8.30 malam dan siap sepenuhnya pada jam 2.30 pagi ^^ haha xD 
Apa yang lama sangat tu ? nak siapkan header dan update pages dan lain-lain , letih tapi Hazirah rasa memuaskan , cantiklah jugak , sebenarnya setengah jam sebelum bermula mendesign tu ada juga cari idea kat blogskin . last-last terpikat dengan kesimplelan blog tersebut , bahagian credit section pun dah banyak berubah sebab dah refer kat orang lain so kena lah ubah , kat situ ada link blogskin yang menginspirasikan Hazirah nak design blog rupa macam ini , 
By the way , ok ke chibi conan tu ? Hazirah memang dah lama minat Conan , cuma baru tahun lepas terjumpa chibi tu , haha xD bolehlah sumbat kat dalam blog ni :) secara jujurnya , Hazirah gatal-gatal nak ubah design ni harini sebab Hazirah jealous sangat-sangat kat blog korang- korang yang sangat lah comel tu , cair+geram pun ada juga haha :3
Apa-apa pun silalah beri pendapat tentang wajah baru blog Hazirah ni , tak kisah nak komen macam mana JANJI tidak menggunakan bahasa yang tak baik , bagi Hazirah , blog ni comel sebab penuh dengan detective conan , hewhew , korang pulak ?

harap-haraplah dapat menang blog tercomel nanti haha *harapan kot*, letih juga join segmen bagai ni , lepas ni jangan tag dah , exhausted T^T

Kan bagus kalau-kalau ada orang puji blog ni comel , lepastu pujian tu bertukar menjadi doa dan kemudian tempias kat tuan punya blog tu haha -,-"

sebelum (lebih kurang je ) 70kb
selepas (maksudnya sekarang) 53.53kb *cantik no huhu
Hazirah ada plan nak ubah tema blog bila sambut birthday nanti , tapi sayang pulak dengan template yang ni , alele? :"D haha 
lots of love ♥
   

Khasiat 7 Surah


Khasiat 7 surah Dalam Al-quran :

SURAH AL-KAHFI

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"

SURAH AS-SAJDAH

Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:
"Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"

SURAH YAASIN

Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata:
"Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khusunya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".

SURAH AD-DUKHAN

Daripada abi Hurairah .a. berkata :nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".

SURAH AL-WAQIAH

Rasulullah saw bersabda:
" Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya"

SURAH AL-MULK

Daripada Ibnu Abbas .a berkata:
"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga keoada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!"
Dan Nabi saw bersabda:
"saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".

SURAH AL-HASYAR

Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"

p/s : Surah lain jangan diketepikan pulak :P huhu Bacalah Al-quran sesungguhnya ia dapat membantu kamu ketika kamu mati nanti SUMBER
   

Review Pemenang Giveaway 2013 by Secret 4NIA


Review pemenang , entah bila tamat pun tak perasan ... haha maaf sangat-sangat :"D





Silalah klik header tersebut untuk ke blog mereka ^^ ketiga-tiga blog ni simple takdelah serabut , kiranya ok lah jugak hehe ,... tak tahu nak komen apa , dah lama tak berblog huhu .... Hazirah dah follow diorang , korang bila pulak ? :D

   

Hukum menyambut Hari Valentine dalam Islam


- banner heartbeat sempena hari valentine -
Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

p/s : Hari ibu semua tu pun sebenarnya tak digalakkan menyambut sebab setiap hari adalah hari kasih sayang , get it ?
   

Pemilihan Wakil Pasukan Robotik SEMERBAK


hai saya robot yg sangat ' adorable' :3
huih ! nasib baik Hazirah tak tinggal di asrama, haha belajar dekat SEMERBAK lebih kurang 8 jam pun dah rasa nak pengsan , letih sangat-sangat T^T , 
SEMERBAK tu apa ? haha mesti 'semerbak bunga kejora' yang terlintas dalam fikiran kan ? xD bukanlah SEMERBAK tu shortform bagi Sek Men Keb Seri Gombak ^^v kreatif kan ? hang hado ? :P
by the way , hari ni ialah hari bersejarah bagi Hazirah sebab Hazirah stay kat sekolah dari Subuh sampai Asar ! berapa jamlah agaknya tu ? apa yang Hazirah buat sampai petang tu ? Hazirah salah seorang murid 1 KAA (kelas pagi) , biasalah satu-satunya kelas yang ada double A , haha bangga -..- so belajar sampai jam 3 petang , lepas je solat zuhur terus kena pergi pemilihan pasukan robotik , pemilihan ni patutnya mula jam 3 petang tapi cikgu(pengadil) tengah berehat , so mula jam 3.30 petang ^^

3.15 petang

Cikgu bagi penerangan , satu kumpulan 2 orang , Hazirah tengah bertiga , orang ketiga dalam kump. ni nak buat pemilihan lepas raya cina , katanya belum beritahu ibu balik lambat , jadi Hazirah berpasangan dengan Izyan ...
misi robot yang perlu dihasilkan kali ini ialah robot yang boleh memanjat tiang , waktu ni Hazirah saling berpandangan dengan Izyan sebab kitorang ni dah lah bina robot guna lego pun tak pernah , ni nak suruh yang boleh panjat tiang pulak adoii -,- kitorang pun macam , nak fade up awal-awal ke nak cuba nasib dulu ? huhu of course lah pilih nak mencuba nasib , ingat Hazirah mudah menyerah !?
inilah izyan , comelkan :D

3.30 petang

Misi bermula , Hazirah dan Izyan punyalah frust perah otak nak design robot ni macam mana , cikgu kata siapa buat mengikut kriteria yang diperlukan akan dipilih mewakili sekolah , hohohoh. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 3 motor dan 1 sensor .... macam manalah nak gabung kan 4 menatang ni :3

Tapi Hazirah relax *lah sangat* sebab semalam Hazirah ada belek satu website yang ajar cara-cara buat robot , so cara dah tahu cuma design tu lain sikit lah sebab yang kat website tu robot untuk berlumba kitorang nak buat robot untuk panjat tiang...

4.15 petang

Masih tiada perubahan , hancur belaka , haha kitorang tak tahu nak gabungkan macam mana , pening kepala , untuk rehatkan minda , kitorang jeling-jeling budak-budak form 2 dan ke atas , saje nak tengok cara diorang buat robot , kebanyakannya buat macam transformers , kitorang pun joinlah sekali , tapi tayar ni ada masalah pulak , nak pilih yang kecil ke yang besar ?

4.30 petang *kot*

Cikgu tegur satu group ke satu group yang lain , sampai kat group Hazirah , kami bersuara "cikgu , macam mana nak buat ni ? haha tak reti lah , 1st time ni ..." cikgu balas " alah takpe , cuba lah , lagipun kamu masih form 1 , masih baru lagi , kita perlu sekurang-kurangnya satu tahun untuk fahami anggota badan robot ni " Hazirah macam o.O

5.30 petang

dah siap ! patutnya sekarang hantar tapi cikgu takde , jadi kami pun cuba testing dulu , boleh panjat ke tak , dan hasilnya , jeng jeng jeng ! tak boleh langsung sebab sensor berat tumbang lego ni , haha xD kena start dari zero , waktu ni ada budak-budak lepasan SPM , tahu apa diorang kata kat group kitorang ? dia kata "out out , buat yang lain " sobs sobs sobs :"( sampai hati mu , lepas dari tu , kitorang dengan perut yang lapar tetap gigih menyiapkan misi kami kerana visi kami ialah 'maju ke hadapan' :3

5.50 petang

"dah give up ke dik ?" itulah ayat-ayat yang dilemparkan oleh budak-budak form 3 depan group Hazirah , haha Izyan selamba je jawab "ha ah , letih dah " padahal dalam hati Hazirah "simple is better , that transformer form just gonna make a lot of trouble :3" betul , kumpulan Hazirah yang paling bersepah , paling simple hasilnya dan yang paling awal siap, ish ish ish -,-'

6.00 petang

sebelum balik , Hazirah ada tangkap gambar , saje nak buat kenang-kenangan , hehe robot 'kura-kura' kami :b well , dah letih sangat !!
simple kn ? hahahah xD

p/s : lupa nak bagi warning yang entri ni panjang , hahaha
btw , Hazirah tak terpilih jadi wakil pun sebab cikgu pilih budak form 3 yang buat macam transformers tu >< haha lol ...