-->

Lawatan ke Planetarium Negara


       Sebelum pergi planetarium negara, Hazirah melawat Taman Burung Kuala Lumpur dulu. Baca sini. Ouh sebelum tu, pergi makan tengah hari dulu di kedai yang Hazirah pun tak ingat nama dia huhuhu
Hazirah cuma ingat, kedai sebelah Hornbill Gift Shop. Menu makan tengah hari ialah nasi goreng ayam dan air mineral.
        Nak pergi pintu masuk planetarium ni, ada tangga, macam naik tangga batu caves pula, jauh kot, orang-orang yang kuat stamina steady di hadapan, ada yang baik dia tunggu kawan dia huhu. Bila dah sampai, semua terduduk haha. Letih lah katakan.
       Kat planetarium ni, kita tak dibenarkan bawa masuk makanan/minuman, waktu ni, dapat tahu siapa yang paling banyak bawa makanan ringan, ada satu peket gula-gula lah, ada satu tin kerepek kentang dan banyak lagi. Ish ish ish. 
       Masuk-masuk je, ada banyak eksperimen. Ada kuiz juga. Kalau eksperimen tu, ada yang Hazirah faham, ada yang Hazirah main semata-mata dengan benda tu haha. Ada gelongsor graviti, eksperimen mengganggu taufan, melihat gegelung di angkasa dan banyak lagi. Kalau bab kuiz pula, ada yang Hazirah tahu dan ada yang main tembak je haha.
       Selepas itu, kami pergi menonton teater angkasa tentang "Matahari, satelit dan lain-lain". Tempat duduknya tinggi antara satu sama lain. Kawan Hazirah menangis-nangis nak keluar, gayat lah katakan hahaha. Teater angkasa ni best. Tapi bila tengok tu, kena mendongak sebab skrin kat atas. Cantik grafik dia, rasa macam betul-betul kat angkasa. 

       Pelbagai karenah boleh jumpa kat sini. Ada yang tangkap gambar waktu tayangan bermula padahal dia dah bagi amaran jangan tangkap gambar sewaktu tayangan ditayangkan dan ada yang secara tiba-tiba menyanyikan lagu "Patah seribu", LOL tak ada kena mengena langsung dengan matahari atau satelit ._. haha. Dalam teater ni kan gelap, bila tangkap gambar, pakai flash, mata diorang macam mata alien hahah. Benda yang warna pelangi tu lah skrin. 
       Teater ni dalam 20 ke 30 minit sahaja, selepas tu, Hazirah dan kawan-kawan pergi naik ke menara. Lif dia kecil, limit 6 orang atau 420 kg. Tiba turn Hazirah dan kawan naik lif, lif tu tak bergerak. Seram~ rupa-rupanya lupa tekan button naik haha. Buat malu je >v< bila lif dah terbuka, semua cepat-cepat keluar, seram lah katakan haha.
       Pemandangan dari menara tu, ni bandar, tak best, nampak bangunan sahaja, tapi boleh lah daripada tak ada langsung huhu. Habis melawat Planetarium, kami pergi solat Zohor di Masjid Negara. Hazirah malas nak singgah Makam Pahlawan sebab kawan kata tak best haha. So, lepas solat pergi kedai beli cenderahati, and this is what I bought : keychain (bukan untuk giveaway ye, Hazirah beli untuk keluarga dan rakan-rakan yang tak ikut lawatan ni hehe)...

    Setakat itu sahaja lawatan sambil belajar kali ini, tak banyak yang Hazirah belajar sebab, Hazirah pergi taman burung, tak tengok pun nama dan jenis burung... pergi planetarium, tak belajar sangat, main je lebih haha :] jangan contohi amalan ini haha.

Sekian terima kasih ,
   

6 comments :

dariilhamkehati said...

ahahaha , sekolah rendah ker nih , teringat pulak kenangn ikut trip sekolah dlu , pernah hampir tertinggal bas, excited cgt masuk planetarium cmpai tak ngt nak keluar...

rindu nak pergi lagi la....dlu tak berkesempatan nak masuk tmpat tayangan planet2 ngan alam semeste tuh , sayang betul...

singgah sini, jemput ke blog :D

Teena Tna said...

Tak pernah pergi planetarium, selalu pergi petrosains jer.

Hazirah Muslim said...

@cweet pinky tak, ini yang sek men, waktu sek keb, planetarium tutup :/
tak apa, ada rezeki lain kali pergi lagi :)

@Teena Tna Petrosains pun best juga tapi Hazirah tak berkesempatan naik helikopter...
Planetarium ni best kalau orangnya suka pasal planet/galaksi...

syafika atilia said...

Bestkan Planetarium.. dah pergi 3 kali dah dgn rombongan sekolah

Hazirah Muslim said...

@syafika atilia huish 3 kali tu.. hazirah suka teater dia je, yang lain semua bosan LOL

Ika said...

http://artisarainbow.blogspot.com/2013/11/anniversary-giveaway-by-anadiera.html