-->
Showing posts with label Sambutan. Show all posts
Showing posts with label Sambutan. Show all posts

Merentas Desa. Starbuck. Happy Birthday.

 

       Pada 22hb Februari ni, sekolah Hazirah ada menganjurkan acara "Kejohanan Merentas Desa". Sekolah ni ada empat rumah sukan iaitu [ibnu hazem-merah] [ibnu radzi-kuning (tapi dah bubar)] [ibnu sina-hijau] [ibnu khaldun-biru] [ibnu rusyd-ungu]. Hazirah rumah sukan Ibnu Rusyd. Hazirah nak sangat sekolah sbpi tapi Hazirah rasa sekolah ni pun bagus juga. Lihatlah, nama rumah sukan sahaja sudah nama tokoh-tokoh islam :D bangga wuuu.. Lol 
       by the way, laluan merentas desa ni Hazirah hafal tapi tak confident. Hazirah ikut orang depan dan akhirnya.... Hazirah tersalah laluan T^T penat patah balik, tapi Alhamdulillah Hazirah dapat sumbang markah kepada rumah sukan Hazirah, tak perlu tahu kot Hazirah dapat nombor berapa .. hewhew :P Hazirah tersalah laluan sebab penjaga checkpoint tak bagi tahu kena belok kanan -.- rupa-rupanya penjaga checkpoint pun tak tahu yang sebenarnya kena belok kanan. haih, kangkung punya orang! =.=


       Alhamdulillah, pada mulanya, Hazirah memang dah plan nak berhenti blogging sampai cuti panjang baru sambung balik, namun setelah sampai badge yang comel lagi kiut miut ni, Hazirah rasa bersemangat nak sambung blogging xD haha.. Hazirah letak badge ni di penselbox, disebabkan doodle dia lelaki perempuan maka datanglah insan-insan mempertikai, siapakah lelaki itu ? >_< Lol design dia dah memang macam tuh, comel apa.. kan ?


         Hazirah dan Ain lepak di Starbuck. Kak Hidayah (kakak sepupu) yang belanja. Ceritanya begini, Kak Hidayah nak borak-borak dengan Kak Sarah (kakak hazirah) di Starbuck. Menurut beliau, ini lah tempat paling seronok untuk bersantai sebab tak ramai orang dan bau kopinya juga menyelerakan tetapi, sekiranya beliau pergi berseorangan, tiada wang saku yang akan diberi. Oleh itu, dia mengajak Ain (adiknya) untuk turut serta kerana hanya dengan kehadiran Ain, si ibu akan memberi wang saku, teruknya permainan dia ? :P haha.. Ain ni pula tak akan nak duduk sorang-sorang, so diorang ajak Hazirah.. Memang best kat Starbuck ni, ada free+fast wifi, semua urusan berkaitan internet yang tak dapat diselesaikan di rumah, Hazirah selesaikan di sini, hahaha...



       Untungnya keluarga ini, dapat anak yang rajin-rajin belaka. haha (jangan muntah, jangan muntah :P).. yang benda warna kuning tu ialah Maple Mille Crepe Hazirah ver. tu salah buat sebenarnya sebab banyak bahan yang ditukar kepada bahan lain Lol, tapi tak apa, memang time tu addicted sangat dengan manga Yumeiro Pattisiere (cerita tentang makanan terutama dessert lah)...memang nak sangat buat untuk birthday atuk, sampai gitulah jadinya hahaha xD janji sedap! haha.. yang ada perkataan [heart] Abah tu kakak Hazirah yang buat... semangat beliau buat sempena birthday ayah ... sedap ^^ 

   

Happy 13th Birthday , Hazirah !


Wah , harini Hazirah ada satu teka teki , Hari ni hari apa ? hari Ahad ? kurang tepat :P Hari ni Hari lahir Hazirah ! hahah :D  Minggu lepas birthday ibu Hazirah , minggu ni birthday Hazirah pulak :) hehe actually Hazirah lahir pada 7 April 2000 bersamaan 2 Muharram 1421 jam 2:30pm... sila ingat ye :P wah, dah mencecah umur 13 , untung betul siapa yang lahir tahun 2000 , senang nak kira umur , haha xD tapi , ada orang kata tahun 2000 ni tahun naga so kebanyakkan kita orang yang lahir tahun naga ni mulutnya macam laser boleh buat sesiapa sahaja berapi-api , betul kah ? xD
alhamdulillah , lahir hari jumaat ^^ semoga kembali ke Ilahi pun hari Jumaat ^^

Sebenarnya Hazirah dah tak de mood nak join giveaway dan segmen bagai , tak tahu kenapa , mungkin sebab tak selalu menang kot ? lagi menyedihkan, menang pun hadiah tak selalu sampai ke tangan T^T nasib... 
by the way , Hazirah ingat nak re-design blog ni , tapi sebab kesuntukan masa , Hazirah tangguh make up blog ke cuti semester dua , In Shaa Allah :D
Hadiah yang Hazirah dapat ? ucapan + hadiah daripada kaum kerabat , ucapan daripada kawan-kawan alam maya dan sebagainya , thank you by the way ^^ jom layan majlis hari lahir Hazirah di secret recipe :
Happy birthday,
عيد ميلاد سعيد,
otanjōbiomedetōgozaimasu ,
Selamat hari lahir,
Hazirah Muslim !
- ice blended chocolate and chicken+mushroom rice (jagung tu hiasan?)

siapa kat sini lahir , 7 april jugak ? sepp sikit :P haha , lain kali bila dah cukup bajet Hazirah buat segmen ye ,  teruja tak ? ececeh , poyo je ayat xD

Bagi Hazirah , hadiahkan kasih sayang pun dah memadai , haha , by the way , Hazirah dapat menonton Nanoha the movie 2nd A's , wah best betul cerita dia ^^ tema cerita tu pasal persahabatan , kiranya moral of the story is appreciated your friend as long as you can ^^ siapa yang layan anime mesti tengok ! haha ,  selain movie anime Hazirah ada jugak tengok the Croods , cerita tu pasal keluarga , agak menghayat hati , 

movie link :
http://www.youtube.com/watch?v=s8sjZ9ShjeU nanoha 2nd A's part 1
http://www.youtube.com/watch?v=uXJW6MCDzoM nanoha 2nd A's part 2
nanoha best part :
http://www.youtube.com/watch?v=AEoC6CE6VPg (reunion part)
http://www.youtube.com/watch?v=cPnAkipL_p4
http://www.youtube.com/watch?v=B4WpiK2Oeo0
http://www.youtube.com/watch?v=tsPMlyIHJMw (my fav part)
http://www.youtube.com/watch?v=dkqGslz3nPA (the saddest part)
http://www.youtube.com/watch?v=PEQR7GpRcqg
http://www.youtube.com/watch?v=8AihNwiG3b4

dan banyak lagi , pendek kata setiap babak dalam movie tu memang best ^^
by the way , korang akan faham cerita ni lebih detail kalau tengok movie 1st , beli lah CD , belambak kat kedai CD tu...

bola kampung ? malas nak tengok , tunggu keluar tv je , haha produk tempatan mesti tayang kat tv punya , kan ? jangan jadi macam saya ni yang tak support produk tempatan , haha , kawan kata cerita bola kg. tu buat orang nak tertidur , ye ke ? apa-apa pun , rasanya tahun ni punya birthday lebih meriah dari tahun lepas , alhamdulillah ! :D thank you ^^
   

Happy birthday !

Wah ! lama sungguh tak update blog secara manually ^^ hehe , harini 7hb Mac, siapa birthday dia harini ? Hazirah nak ucapkan Selamat hari lahir dan semoga panjang umur ! huhu korang sangat bertuah sebab di wish oleh Hazirah yang lahir pada 7hb APRIL, beza satu bulan je kan ? hohohoh xD
by the way , Hazirah perasan ramai yang lahir pada 5hb Mac antaranya Kak Ain Maisarah , Best buddy Hazirah iaitu Mashitah dan Aina Hanani , blogger popular tu O.o
K ! Selamat hari lahir , semoga dimurahkan rezeki ^^ segelintir berpendapat bahawa hadiah yang kita terima sempena birthday kita harus diberi kepada mak kita sebab tarikh tu juga merupakan tarikh peperangan ibu kita untuk melahirkan kita :"D
Kejap guna perkataan "mak" kejap guna perkataan "ibu" , wah , rosak karangan ? :3
ouh yeah ! bulan depan , In Shaa Allah Hazirah akan meningkat ke umur tiga-belas *not old yet :P haha*  tapi birthday Hazirah Ahad , alamatnya tak dapatlah sambut dengan kawan-kawan ...

S U P R I S E D !
Ha , waktu Hazirah pergi ambil hadiah bersempena kejayaan yang diperoleh pada tahun lepas , maka dapatlah berjumpa dengan kawan lama TAPI malangnya , kawan lama semua dah duk asrama, tak dapat balik lah pulak T^T , yang member group Hazirah yang lain ada merentas desa T^T ish3
Ramai guru yang tanya
Tak minta asrama kaa ? asal tak mohon MRSM ? dan sebagainya 
jawapan dia senang je "ibu bapa tak benarkan" kenapa ibu bapa tak benarkan ? sebab ibu bapa saya kata sekolah tu bagus , kelas aliran arabnya cantik , dan banyak lagi -..-

Tapi realitinya sekolah tu memang best cuma tak de kawan , ada tu ada , cuma ramai yang dah gi MRSM , tinggal dua orang je kawan itu pun sedang menunggu keputusan permohonan sekolah menengah agama...

Haish ! apa-apa pun , Hazirah sekarang dah pendiam tahap  Ai Haibara *from detective conan, haha lol xD * melainkan korang layan Hazirah dulu , barulah Hazirah layan korang hehehe :D

she looks cute and gergous right ?
Nantikan entri birthday Hazirah yang lebih panjang pada bulan depan *In Shaa Allah :)
   

New Theme (purple+grey+detective conan) ^^


Alhamdulillah ! Akhirnya , siap jugak mereka bentuk sekali lagi blog ni , hehe , lamalah juga nak mendesign blog ni , mula pada jam 8.30 malam dan siap sepenuhnya pada jam 2.30 pagi ^^ haha xD 
Apa yang lama sangat tu ? nak siapkan header dan update pages dan lain-lain , letih tapi Hazirah rasa memuaskan , cantiklah jugak , sebenarnya setengah jam sebelum bermula mendesign tu ada juga cari idea kat blogskin . last-last terpikat dengan kesimplelan blog tersebut , bahagian credit section pun dah banyak berubah sebab dah refer kat orang lain so kena lah ubah , kat situ ada link blogskin yang menginspirasikan Hazirah nak design blog rupa macam ini , 
By the way , ok ke chibi conan tu ? Hazirah memang dah lama minat Conan , cuma baru tahun lepas terjumpa chibi tu , haha xD bolehlah sumbat kat dalam blog ni :) secara jujurnya , Hazirah gatal-gatal nak ubah design ni harini sebab Hazirah jealous sangat-sangat kat blog korang- korang yang sangat lah comel tu , cair+geram pun ada juga haha :3
Apa-apa pun silalah beri pendapat tentang wajah baru blog Hazirah ni , tak kisah nak komen macam mana JANJI tidak menggunakan bahasa yang tak baik , bagi Hazirah , blog ni comel sebab penuh dengan detective conan , hewhew , korang pulak ?

harap-haraplah dapat menang blog tercomel nanti haha *harapan kot*, letih juga join segmen bagai ni , lepas ni jangan tag dah , exhausted T^T

Kan bagus kalau-kalau ada orang puji blog ni comel , lepastu pujian tu bertukar menjadi doa dan kemudian tempias kat tuan punya blog tu haha -,-"

sebelum (lebih kurang je ) 70kb
selepas (maksudnya sekarang) 53.53kb *cantik no huhu
Hazirah ada plan nak ubah tema blog bila sambut birthday nanti , tapi sayang pulak dengan template yang ni , alele? :"D haha 
lots of love ♥
   

Selamat Tahun Baru 2013 ^^


Rasanya Hazirah masih belum terlambat nak wish Happy new year pada korang semua :) hehe Azam tahun baru Hazirah ? huh , dah lama dah pasang sejak awal muharram lagi , tapi sekarang dah tak ingat apa azam tu , *memori yang lemah kerana tak beristiqomah , tapi macam setiap tahun Hazirah akan berusaha untuk menggembirakan hati ibu bapa Hazirah even sekolah menengah biasa dan di samping menjadi hamba yang solehah , inSyaAllah :D
rindu nya nak tengok cerita detective conan setiap hari nanti sekolah mesti tak dapat :/
ouh my Nanoha , I will miss you :)
   

Hari Ihtifal dan mini sukaneka

assalamualaikum dan salam 1 malaysia , harini hazirah nak cerita serba sedikit tentang hari ihtifal sekolah agama rakyat darul falah :)
kamu tahu ke tidak apa itu hari ihtifal ? betul , hari ihtifal ialah Hari anugerah cemerlang .
Alhamdulillah , walaupun Hazirah seorang yang prihatin terhadap blog , nasib baik pelajaran tidak dipulaukan :)
#senyuman ku amatlah poyo -,-
ok sebenarnya ni edit , rajinkan ? cuma Hazirah je yang memandai tambah pelajar terbaik sebabnya hamper alat tulis tu untuk pelajar tempat pertama , kira terbaik jugaklah tu :D
mumtaz tu jangan tanya pulak berapa peratus !


Hazirah bukan nak bangga tetapi Hazirah nak fokuskan kat mini sukaneka tu ,
ada video kelakar hari itu
kelakar ke ? tidak sama sekali , dahlah ustaz rakam tak bagitahu , malu je sebab Hazirah sertai permainan budak -budak >.< uwaaa !
sebenarnya ada banyak permainan tetapi hazirah hanya dibenarkan masuk dua sahaja sebab dah menang satu acara .
yang dah strike tu tak masuk lah maknanya , padahal yang tu paling Hazirah nak join !
kelas darjah 4 dan 6 femes sebentar

  • bottling also known as bowling -kelas tahun 6
  • congkak -kelas tahun 6
  • rebut kerusi -kelas tahun 4
  • tali skipping -kelas tahun 4
  • sambung tali getah -kelas tahun 4

ustaz dengan selamba suruh darjah 6 perempuan (semua) sertai permainan rebut kerusi , memang malu sesangatlah jawabnya . sebelum mula permainan kemain Hazirah pujuk ustazah ...


Hazirah : ustazah (penganjur) , tidak perlulah semua sertai , cukup 5 orang sudahlah , taknak masuk , cam budak-budak je -,-
ustazah : eleh , kamu memang budak-budak pun :P cepatlah hari terakhir ni , kalau kamu menang dapat pingat emas , haritu sukaneka besar-besaran dapat perak je kan ? masuklah ada rezeki insyaAllah pingat emas tu kamu punya ;)


cis , terpaksa join , dan hasilnya :
http://www.facebook.com/photo.php?v=302310273207344



sempat ustaz perli , "ha tengok tu Hazirah taknak main last2 tercalon top 3 tu ! bhahaha" xD 
hazirah berbisik dalam hati "memanglah top 3 , dah 6 orang je yang join -,-"
sempat pulak ustaz kenakan peserta dengan melamakan lagu ...
nak tahu mana satu hazirah ? carilah berdasarkan peserta top 3 yang berpakaian seperti dalam gambar dapat anugerah tu :P 

Janji menang - Hazirah Muslim - behind the scene
Alhamdulillah :D

Salam Nuzul Quran dan Tahniah LCW :)

selamat menyambut nuzul Quran :)
semoga hari ini kita dapat melakukan banyak ibadah pada hari dan bulan yg mulia ini 
bak kata ustaz saya : 
Jangan kejar bayang-bayang (dunia) nanti ia akan lari 
tetapi jika kita mengejar lilin (akhirat kelak) bayang-bayang akan datang :) 
insyaAllah
sesungguhnya keberkatan itu eskalator kejayaan 
ngeeee :)

you are not alone , we still proud of you although you didn't get the gold one :)
sekurang-kurangnya , awak dapat pingat perak .
 pingat pertama yg malaysia dapat .
terima kasih dan tahniah saya ucapkan ,
jangan nangis . takmo sedey-sedey 
lain kali cuba lagi yee :)  
sekian ,

Jamuan Mesra Kanak- Kanak



Hye Readers semua ! Apa khabar ?
Hari ni hari yang sangat menyeronokkan bagi Hazirah :)
Nak tahu tak kenapa ? tak nak tahu ? nak bagi tahu jugak :P

Pagi tadi , ada sekolah ganti , TAPI Hazirah dan kawan-kawan dijemput ke Jamuan Makan Mesra Kanak - kanak di Istana Negara bersempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Permaisuri ...
then , the diary starts here :)

7.45 pagi
Berkumpul , kemudian pergi ke Istana Negara dengan menaiki bas . Semua ada pasangan masing-masing ,
Mine is Ain ! :) sejuk je kat dalam bas tu sebab ada penghawa dingin

8.30 pagi
Setibanya di sana , kami disambut dengan 'Red carpet' yang diiringi dengan penyambut tetamu ...
Kemudian cari tempat duduk , Geng Hazirah dapat duduk di belakang meja Pegawai Kementerian Pelajaran , tapi tak ambil gambar diorang pon sebab tak kenal   ... LOL


9.00pagi
Ketibaan Permaisuri , kemudian orang yg pakai baju macam askar , alah yang korang pernah tengok kat tv main alat muzik tu , ada depan mata je , yelah Hazirah duduk depanlah katakan  n_n
Kali ini diorang main lagu Negaraku , best .. :)
Disusuli dengan bacaan doa dan lain - lain ...

9.20 pagi
Jamuan makan bermula...Mula-mula jamah dessert dulu  :)


 Strawberry + Marshmallow + Coklat (dlm bentuk cecair) = Sedap !!  ♡♡♡










Then , Hazirah jamah lah croissant yang disalut coklat ... umm , sodap !...



ye , yang kat belakang milo tu lah crossaint tersebut ...



Then , kitorang minum air milo dulu ..
*nampak tak , milo yang kat sebelah kain merun tu









10.00 pagi 
ada persembahan lagu Ombak Rindu , murid Sek Khas yg menyanyi , serius merdu !
sama macam penyanyi sebenar .... :)
kemudian , diikuti dengan persembahan yang lain ...













11.00 pagi  
bersurai
time nak balik tu , pergi tandas dulu , pergh ! cantik + wangi tandasnya , bau lavender :)
ok , then , naik bas ...



ni Ain , ntah apa kena , nangis kott ,
cehh mana ada , Ain saja-2 je tu  = _ =

Hazirah pon gelaklah apa lagi ...




Ni kawan kitorang ,
diorang ni pelik sebab orang lain yang buat persembahan ,
orang lain yang letih  haha XD
yang pakai baju PSS namanya Aisyah
yang murid biasa tu Syazliana












kitorang just dapat Goodie bag yang berisi buku dan koleksi stem bersempena hari Pertabalan Agung ...








Bye - bye , istana negara :'(
Daulat Tuanku ! :)

As'salamualaikum                                    


yang kenyang , wakakaka
Hazirah Muslim :D